Tuesday, November 23, 2010

Trilogi Trailer #1: Kulihat (Tanglung) Hijau


Aku merupakan peminat gedang Green Lantern. Barang kali secara sinikal. Maksud aku, kita bercakap tentang adiwira yang sarung barang kemas (yakni cincin) untuk jadi power, guna lantera untuk caj kuasa cincin itu, merupakan sebahagian dari pasukan gerak khas berskala cakerawala, dan, percaya atau tak, alergik pada warna kuning. Malah, siap ada sejarah hero kita jadi buta kejap sebab mata dia kena tepek dek mustard. Mustard, gua cakap lu! Lagi gempak, komik dia menghadam segala kemerepekan ini dengan serius nak mampus - Hal Jordan bagi aku adalah protagonis paling straight dalam sejarah komik.

Pun begitu, para pembikin filem adaptasi Green Lantern semacam tahu betapa bahlulnya konsep tersebut, maka ton cerita ni tampaknya dijadikan lawak-lawak sikit jika dilihat pada trailernya yang keluar beberapa hari lalu. Dan ironinya, aku suka. Aku suka Ryan Reynolds sebagai Hal Jordan dalam versi ini; aku suka dengan Hector Hammond, Sinestro dan Kilowog yang kita nampak sekali imbas saja; dan aku suka tengok para pembikinnya mengekalkan konsep kosmiknya yang epik - di mana kerja hero bukan setakat nak selamatkan bandar bangangnya, atau awek bahlulnya, atau kotenya saja, tapi keseluruhan planet dan bima sakti sekali gus. Perjuangannya bukan saja bersifat peribadi, malah demi masa depan manusia sejagat. Dan ini menjadikan Green Lantern filem superhero yang paling aku tunggu-tunggu.

Diarahkan oleh Martin Campbell (Casino Royale, The Mask of Zorro), Green Lantern akan ke panggung pada musim panas kelak. Bagi sesiapa yang tak sabar macam aku, dipersilakan baca draf pertamanya dulu yang ditulis oleh pengarah asal, Greg Berlanti. Dan bagi sesiapa yang rasa filem ni nak "tiru" ton Iron-Man disebabkan oleh pengambilan Reynolds, jangan risau, skrip yang bertarikh tengah 2008 ini membuktikan yang unsur kelakar ini diset sejak awal lagi; bukan sekadar tangkap muat. Dan ia memang kelakar - mengenangkan mcguffinnya cincin, lengkaplah humor yang merujuk pada kaum Hobbit, orang masuk meminang dan sebagainya.

Oh ya, pada mulanya aku sangsi dengan pakaian Green Lantern yang CGI sepenuhnya. Faktor utama sebab CGI amat mudah dimamah usia; dua tiga tahun saja dah lapuk. Tapi yang menariknya di sini adalah kefleksibelannya. Kurang-kurang dapatlah tengok superhero yang bebas bergerak - taklah nak toleh kanan kiri pun susah dek baju getahnya. (Batman, ya, gua tengah cakap dengan lu.)

Dan oh ya, tak sabar aku nak tengok kerajaan gam filem ni sebab logonya sama macam PAS.

5 comments:

Ajami Hashim said...

selamat kembali dari kubur!..atau neraka? mwahahaha!

phat_lee said...

bila ko nak review citer "Pondan" DDR tu?

Nazim Masnawi said...

Sorry, Phat. Gua bukan pembuli yang suka target benda mudah.

melesap said...

apsal cm sapetu? ritik roshan? nga?

Nazim Masnawi said...

Actually, Chef, you're kinda right.