Tuesday, April 13, 2010

Fan-tat Gering

Aku tak tahulah jika korang perasan tajuk di atas seakan beritma dengan Fanta Grape, tapi lantaklah, janji aku suka.

Dan aku mengaku, aku suka dengan banyak benda dekat muka bumi ini. Kalau diletakkan pistol di kepala supaya mengaku, ya, aku mengaku aku suka resensi filem Fadz yang penuh perbandingan itu. Tapi seperti yang dikatakan, kalau diletakkan pistol di kepalalah

Tapi Facebook, yang aku turut suka, memang serius can go to hell sama dia punya aplikasi "become a fan." Aku boleh terima ia hanya intermiten dan cuma berada di suatu sidebar yang lain. Sekali sekala ia akan keluar dengan sesuatu yang sealiran dengan selera aku sekali gus memberahikan peliran aku. Bagaimanapun, ia jelas membabikan buritan aku bila ia bertanya kalau-kalau aku hendak menjadi fan atau peminat kepada - baca ni betul-betul - "Membenci orang yang menyokong Rafiqin Darwisy*". Aku tidak tahu kau boleh jadi peminat kepada sesuatu yang kau benci tapi itulah hakikatnya - narsisistik teras personaliti. Ya, aku mengaku aku peminat gemulah Din Beramboi dan Rafiqin Darwisy memang bodoh bahlul, tapi bak kata omputih, who gives a fuck about this shit? Adakah ini caranya kita memartabatkan arwah, dengan menentang pengutuknya melalui satu klikan di Facebook semata?

Fuck. Tidak cukup dengan itu, mereka tambah pula seksyen "become a fan" dengan "people you may know." Tapi in boleh tahan lagi sebab aku menemui berdozen rakan atau perasan rakan melaluinya, orang yang aku tak pernah terfikir nak cari pun atau orang yang daftar kemudian**.

Tapi menatang fan ni memang bangang, sampai tahap mengaibkan; lantas merosakkan pengalaman di Facebook. Aku mungkin boleh bertoleransi dengan "Kami Benci Saiful Bukhari" sebab ia ada memasukkan link-link hal siasah berkaitan yang mungkin-tak-mungkin boleh memberi impak kepada masa depan negara. Tapi Rafiqin Darwisy? Link apa yang boleh diletakkan? Perkembangan tentang mangkuk tu makan tengah hari dekat mana?

Kini bila setiap kali bangun pagi, aku akan ke seksyen ini dulu; kasi mulut aku ternganga besar-besar supaya senang gosok gigi.

Sesetengah orang yang secara teorinya mungkin kawan aku, boleh klik dengan benda-benda ni. Kalau kau betul peminat lawak sarkastik, kau patut tulis blog tentang perkara ini, bukannya dengan mengambil jalan mudah dengan kliknya.

Sebab itulah aku adalah aku yang tidak habis-habis mengadu domba.

Untuk "become a fan" mengadu domba, klik di sini.

*Seperti yang korang semua tahu, budak ni kutuk Din Beramboi dengan penuh tidak bertelur di halaman Facebooknya tidak lama selepas berita kematian pelawak itu tersebar. Dia tukar ayat "Al-Fatihah untuk Din Beramboi" (seperti yang ditulis di status semua orang) kepada "Al-Fuck Untuk Din Beramboi." Kalau dia berani tulis "Al-Fuck-tihah," ya, aku akan buat halaman peminat khas untuk dia.

**Aku tidak kisah add orang yang masuk kemudian, tapi aku takkan add orang yang masuk kemudian, lepas tu boleh add semua member serantau (contohnya, rakan sepejabat lama) kecuali kau. Serius, fuck this people.

Read more...

Saturday, April 3, 2010

Din Beramb-us Ke Takah Tiga

Tidak syok rasanya penghidupan semula blog aku ini bertitik tolak dengan notis obituari. Namun itulah hakikatnya. Din Beramboi, antara pelawak terbaik yang pernah dilahirkan Malaysia, meninggal dunia kelmarin akibat denggi berdarah* pada usia 43 tahun.

Ya, korang tak salah baca. Aku percaya arwah Din Beramboi adalah di antara pelawak terbaik negara ini; mungkin juga paling unik. Yang hebat tentang Din adalah gaya komedinya yang anarki habis. Setiap kali muncul di pentas, televisyen atau radio, dia buat saja apa benda yang dia nak buat. Tak ada tapis-tapis. Dunia - lagi-lagi Malaysia - selalunya tidak memahami madcap genius begini, maka bakat Din sering dibayangi oleh pelawak yang bertelinga capang, yang gemuk macam babi, dan yang tidak sudah dengan gaya gitu-gitunya.

Tidak dinafikan, ada juga pelawak sebaik Din di luar sana, dulu dan sekarang; tapi mereka selalunya perlu berkias, bercengkerama dahulu sebelum tiba ke poin komedinya. Tambahan lagi, tenaga mereka sentiasa terkongkong dek elemen moral yang dibawa. Bagi rakyat Malaysia yang rata-ratanya duduk di bawah tempurung, ini memang masuk akal - bagi mereka apa saja bentuk persembahan di muka bumi ini perlu didahulukan dengan mesej; bab kelakar apa semua boleh cerita kemudian. Itu fasallah aku cukup suka dengan kegilababian Din Beramboi. Lawaknya memang ada isi, tapi apa-apa hal kegesitan jenaka itu diutamakan.

Biarpun kedengaran klise, aku percaya pemergian Din merupakan suatu kerugian besar bagi dunia seni tanah air. Kesal rasanya di saat dia mula kecapi kejayaan, kehadirannya ditarik terus tanpa amaran atau pesanan. Dan memperlihatkan bakat-bakat Malaysia seperti Loloq dan Yasmin Ahmad** yang juga terbantut tumbesarannya, berani aku kata masa depan dunia seni kita sebenarnya lebih gelap dari sangkaan sesiapa.

Bak kata Matthew McConaughey dalam Reign of Fire, "I say pity the country that needs them***."

*Tak tahulah bagaimana penyakit yang berpunca dari air kencing tikus boleh bermutasi menjadi denggi - kena tanya Zoo Negara tentang hal ini.

**Ya, walaupun aku cukup benci - BENCI - personaliti dan filemnya, granted she's no hack.

***Konteks asalnya berkenaan hero perang, di sini bakat senilah.

Read more...