Tuesday, April 13, 2010

Fan-tat Gering

Aku tak tahulah jika korang perasan tajuk di atas seakan beritma dengan Fanta Grape, tapi lantaklah, janji aku suka.

Dan aku mengaku, aku suka dengan banyak benda dekat muka bumi ini. Kalau diletakkan pistol di kepala supaya mengaku, ya, aku mengaku aku suka resensi filem Fadz yang penuh perbandingan itu. Tapi seperti yang dikatakan, kalau diletakkan pistol di kepalalah

Tapi Facebook, yang aku turut suka, memang serius can go to hell sama dia punya aplikasi "become a fan." Aku boleh terima ia hanya intermiten dan cuma berada di suatu sidebar yang lain. Sekali sekala ia akan keluar dengan sesuatu yang sealiran dengan selera aku sekali gus memberahikan peliran aku. Bagaimanapun, ia jelas membabikan buritan aku bila ia bertanya kalau-kalau aku hendak menjadi fan atau peminat kepada - baca ni betul-betul - "Membenci orang yang menyokong Rafiqin Darwisy*". Aku tidak tahu kau boleh jadi peminat kepada sesuatu yang kau benci tapi itulah hakikatnya - narsisistik teras personaliti. Ya, aku mengaku aku peminat gemulah Din Beramboi dan Rafiqin Darwisy memang bodoh bahlul, tapi bak kata omputih, who gives a fuck about this shit? Adakah ini caranya kita memartabatkan arwah, dengan menentang pengutuknya melalui satu klikan di Facebook semata?

Fuck. Tidak cukup dengan itu, mereka tambah pula seksyen "become a fan" dengan "people you may know." Tapi in boleh tahan lagi sebab aku menemui berdozen rakan atau perasan rakan melaluinya, orang yang aku tak pernah terfikir nak cari pun atau orang yang daftar kemudian**.

Tapi menatang fan ni memang bangang, sampai tahap mengaibkan; lantas merosakkan pengalaman di Facebook. Aku mungkin boleh bertoleransi dengan "Kami Benci Saiful Bukhari" sebab ia ada memasukkan link-link hal siasah berkaitan yang mungkin-tak-mungkin boleh memberi impak kepada masa depan negara. Tapi Rafiqin Darwisy? Link apa yang boleh diletakkan? Perkembangan tentang mangkuk tu makan tengah hari dekat mana?

Kini bila setiap kali bangun pagi, aku akan ke seksyen ini dulu; kasi mulut aku ternganga besar-besar supaya senang gosok gigi.

Sesetengah orang yang secara teorinya mungkin kawan aku, boleh klik dengan benda-benda ni. Kalau kau betul peminat lawak sarkastik, kau patut tulis blog tentang perkara ini, bukannya dengan mengambil jalan mudah dengan kliknya.

Sebab itulah aku adalah aku yang tidak habis-habis mengadu domba.

Untuk "become a fan" mengadu domba, klik di sini.

*Seperti yang korang semua tahu, budak ni kutuk Din Beramboi dengan penuh tidak bertelur di halaman Facebooknya tidak lama selepas berita kematian pelawak itu tersebar. Dia tukar ayat "Al-Fatihah untuk Din Beramboi" (seperti yang ditulis di status semua orang) kepada "Al-Fuck Untuk Din Beramboi." Kalau dia berani tulis "Al-Fuck-tihah," ya, aku akan buat halaman peminat khas untuk dia.

**Aku tidak kisah add orang yang masuk kemudian, tapi aku takkan add orang yang masuk kemudian, lepas tu boleh add semua member serantau (contohnya, rakan sepejabat lama) kecuali kau. Serius, fuck this people.

0 comments: