Showing posts with label ulasan. Show all posts
Showing posts with label ulasan. Show all posts

Friday, August 14, 2015

Syahadat (1992) - Masih Boleh Hadap

Filem kita zaman sekarang ni dah tak macam dulu. Namun hakikatnya, naskhah lama ni tak macam mana-mana filem dulu pun. Aku tak pasti Syahadat boleh diletak dalam kategori apa. Yang jelas, ia mengembalikan nostalgia era filem yang disuntik dengan elemen ghaib dan dendam namun masih boleh ditutur dengan penuh emosi dan komedik. Segalanya relaks-relaks dan tak lebih-lebih, namun kekal baik. Amat baik. Tapi agak sukar untuk mengenal pasti tang mana baiknya.

Sebagai permulaan, premisnya agak menarik: Pada sekitar awal 1900 terdapat sebuah perkampungan terpencil yang dikuasai oleh Tok Penghulu (Muhamad Abdullah) dan anaknya Farouk (Eman Manan). Saban hari, kalau tak dok usya Saleha (Erma Fatima) dan ibunya (Hamidah Wahab), mereka akan tindas orang kampung dari segi ekonomi mahupun sosial. Beban semakin terasa sehinggalah Ahmad Solihin (Yusof Wahab) pulang dari perantauan setelah sekian lama entah ke mana. Dalam usaha dia menegakkan keadilan, Freddie Krueger versi purbawara (Shukery Hashim) muncul di celah sabur-limbur itu.

Di situ kita boleh lihat segala macam genre - dari melodrama sampailah ke seram - yang cuba dimasak dalam satu periuk. Aku kagum melihat usaha murni ini, lagi-lagi pada awal 90-an. Dan kadang kala ia agak berjaya. Adegan-adegan diberi ruang untuk bernafas meskipun segenap cerita diselubungi misteri. Dunia kampung itu juga agak meyakinkan. Kita kenal watak-watak lain (yang sekadar mengikut arketip) dan geografinya (biarpun skop tak sebesar mana). Semua ada fungsi - untuk membawa kita ke pengakhiran yang... kreatif lagi kemas?

Well, tak juga. Aku kira ini salah satu slek utama filem ini - banyak sangat elemen cuba diserap sampai habis hilang fokus pada act ketiga. Natijahnya, ia buat kita rasa seolah-olah tengah menonton 50 buah filem sekali gus. Dan panel skrip yang terdiri dari jumlah yang sama - 50 orang* - jelas tidak membantu. Plotnya penuh lubang (lagi-lagi berkaitan hal title-character kita) yang pengguna jalan raya di Malaysia gerenti boleh perasan. Bagaimanapun, tak seperti kementerian berkaitan, setiap lubang itu diturap atau sekurang-kurang diambil kira oleh para pengkaryanya**.

Turut membantu menutup ralat itu adalah para pelakon yang kebanyakannya dipilih against type. Yusof Wahab yang sebelum itu banyak pegang watak sampingan muncul sebagai wira kita dengan penuh karisma dan intensiti. Kita percaya dia cukup bijak, kita percaya dia penuh adab, kita percaya dia power nak mampus. Sayang sekali Syahadat muncul tatkala penyanyi pop mula mengambil alih peranan sebagai bintang filem. Kalau diberi peluang lagi, aku yakin Yusof boleh meletakkan kesedaran masyarakat terhadap Rosyam Nor di celah giginya sahaja.

Eman Manan juga wajar ditabik. Meskipun pada zaman kemuncaknya, dia pegang watak seteru yang sangat poser tanpa sebarang self-preservation***. Tambahan lagi, segala lakonan teatrik Eman selama ini memberi satu lagi lapisan lain dan bukan setakat nak meratah skrin sampai tinggal tulang. Erma Fatima juga membawa peranan wanita Melayu terakhir (pun intended) yang jarang-jarang kita tengok dari pelakon tak cun mana ni. Jika terdapat lakonan yang slek, ia adalah Muhamad Abdullah. Dia tiada masalah mengimbangi adegan-adegan ringan (heck, dia orang lama Pi Mai Pi Mai Tang Tu kot), namun apabila tiba masa untuk menunjukkan ancaman, Muhamad nyata gagal. Dia ada kualiti aristokrat (dengan songkok dan kotnya) yang membuatkan kita bencinya dari minit pertama, namun tak cukup untuk membuatkan kita risau akan keselamatan hero-hero kita pada sebarang waktu. Lagi parah, segala titik tolak kisah ini bermula dari kedahsyatannya (yang tak pernah terasa).

Syahadat masih boleh dihadap. Kurang-kurang sekali sekiranya kau pernah tonton waktu zaman budak-budak dulu. Ia tidak mempunyai, bak kata orang putih, reply value yang barang kali menjadi punca ia kian hilang dari cepu kepala khalayak. Apa-apa hal, ia masih lagi sebuah karya cacamarba gaya Melayu yang diukir dengan penuh semangat - sesuatu yang sama sekali tidak boleh diperkata pada kebanyakan filem tempatan zaman sekarang.

*Okey, gurau je. Tapi memang ramailah.

**Biarpun tidak menyakinkan. Terang-terang poin masalah plot kau tidak sama dengan menyelesaikan masalah tu sekali gus, wahai penulis skrip.

**Kecuali bab aksi. Agak keliru juga melihat orang jahat yang lemau sebegitu mampu bersaing secara jasmani dengan protagonis kita yang kononnya ilmu persilatan penuh di dada.

Read more...

Thursday, December 2, 2010

Nazim Masnawi Vs. The Alpha Kotey Vs. Scott Pilgrim Vs. the World - Sebuah Ulasan Regu


Alpha Kotey: Somebody yang namanya shall not be mentioned pernah kata, "Do only what you know best." Jika saya patuh dengan nasihat ini, maka saya sekarang probably either date Faezah Elai atau sedang jadi coach Liverpool. Poor Faezah Elai, kesian sama Liverpool FC, saya bukanlah orang yang dengar nasihat. Review filem bukan what I know best, so...

Watahelman.

Now,

Scott Pilgrim vs. The World.

Any film yang portray asshole sebagai hero, saya akan ada tendency untuk suka. Mendengar si asshole Nazim Masnawi kata Scott Pilgrim ialah asshole dalam filem ini, saya terus jatuh cinta. Bukan... bukan dengan Nazim, you idiot. Dengan Scott Pilgrim, the film. Nazim Masnawi, on the other hand, adalah sebatang asshole yang nobody suka.

Agak sukar untuk memperkatakan filem ini dengan cara biasa sebagaimana sebuah filem selalu diperkatakan for the reason ini, bukannya filem yang biasa-biasa. Saya boleh kasi a few words bagaimana filem ini for the first 15 minutes adalah rom-com remaja yang best tapi 15 minutes after, saya kena redo everything dan sekarang, kita sedang pula bercakap tentang science fiction dan video games.

Point is,


Filem ini bercelaru. But the thing is, kecelaruan itulah yang membuatkan ianya kick ass.

Nazim Masnawi: Ada seorang rakan peminat filem pernah berkata, kecelaruan ni ada dua jenis: Incoherence atau chaos. Jelas Scott Pilgrim Vs. The World terletak dalam kategori kedua. Ia merepek, ia meraban, ia amatlah melampau - dengan jasmani hipernya, adegan gasak yang meliputi awan (secara harfiah) dan babak muzikal tidak semena-mena - tapi ia juga berambisi besar, mengejutkan dan cukup bijak - lagi-lagi dengan teras emosi yang tidak pernah sesekali diketepikan. Aku tidak tahulah dari segi fiksyen sains, namun Scott Pilgrim bukan berkenaan permainan video meskipun ia berkiblat ke arah tersebut. Ia bercakap tentang pengalaman cinta, perjalanan ke alam dewasa dan pikulan tanggungjawab. Plotnya berkisar tentang si Scott Pilgrim (Michael Cera) yang harus bertempur dengan tujuh orang bekas kekasih temanitanya yang baru iaitu Ramona Flowers (Mary Elizabeth Winstead), tapi musuh sebenar mereka berada di hati masing-masing. Dan kita boleh lihat tujuh bekas kekasih tu tidaklah lahir gitu-gitu sahaja. Mereka adalah metafora bagi beban jiwa yang masih tidak dapat boleh dilepaskan. Lebih kurang seperti maha karya Kevin Smith, Chasing Amy. Seperti filem itu, aku respek sebab - di celah kebudak-budakkannya - terdapat maturiti dari segi jiwanya; dengan idea bahawasanya maruah diri terikat betul dengan tanggungjawab peribadi - penting untuk sebarang hubungan yang hendak kekal lama. Bagi Scott, usaha untuk mencapai kematangan ini amatlah mencelarukan, dan kecelaruan filem ini secara metanya mencerminkan jiwa Scott.

Terus terang cakap, memperlihatkan diri kau dan hubungan cinta kau sekarang, kau rasa kau boleh hubung kait atau tak dengan tema dan subteks cerita ini?

Alpha Kotey: As an asshole with reputation, I'm gonna choose my words very, very carefully to answer Nazim's last question tadi; fuck you.

Nevertheless, it's a good question.

Scott dates Knives Chau (Ellen Wong) selepas dia break dengan Envy Adams (Brie Larson). Initially, Scott claims yang Knives ialah real deal, tapi orang orang di sekelilingnya knows better. Scott sendiri mula sedar yang Knives hanyalah flirt biasa-biasa bila Ramona muncul.

Ini, ialah plot yang lame ass. Most films yang tajuknya ada perkataan "love" atau font tajuk filem itu ditulis dengan kaler pink, ada benda ini. Sesiapa yang at this point kata "omagod, this is sweet" ialah perempuan atau thinking they are one. Mana-mana lelaki yang secretly whisper itu dalam hati, cari dR. Rozmey. Kamu adalah subjek yang bagus untuk dR. kaji bagi membetulkan kesilapan-kesilapan filem 2 Alam jika dia nak remake filem agung itu say... 5 tahun dari sekarang.

Anyway, macam Nazim kata tadi, ini filem yang kita tidak tutup player DVD dan sambung main PS2 even though kita berjaya kesan tema boring begitu pada bahagaian awal-awalnya. Ini kerana Edgar Wright dengan sufficient telah kasi kita message "hold on dude, this is going to be fun" dengan cara meletakkan elemen-elemen komikal i.e, tulisan naratif tentang fucking kenapa Scott berdiri di tepi tangga, di tepi toilet dan beberapa lagi (dia stalk Ramona, if you asked). Of course the act of letak tulisan begitu bukan assurance yang any film akan jadi best tapi Edgar, put it tastefully.

Even time kencing, ada meter kencing Scott ditempelkan di skrin. Saya rasa even the most boring person dalam dunia yang tidak used to subtlety pun akan get it. Ketika ini, kita sudah berdamai dengan tema lame ass itu, dan sudah mula boleh BFF dengan dia.

Of course, kalau kita terlalu anal, semua plot akan jadi plot yang boring tapi once kita get the 'fun' message, kita sudah tidak peduli tentang plot. Kita malah kata "bring it". Dan ini memang indeed filem yang fun.

Tapi what kind of fun?

There's fun for everyone. Yang suka menangis, yang suka games, yang suka action, yang suka 'belakang' will get their share of fun. Sekali imbas adalah mudah untuk kita hanyut dalam keseronokan filem ini pada permukaannya sahaja tapi again macam Nazim kata tadi, metafora yang terkandung dalam bentuk 7 ex-kejam itu akan jadi another fun factor especially pada mereka yang ada otak dan lebih penting, berkebolehan menggunakannya, walaupun sedikit.

Nazim Masnawi: Ya, ia memang sebuah filem yang fun. Tapi ia bukanlah sesuatu yang kita boleh cam dari awal. Kerana Scott Pilgrim secara asasnya adalah kisah cinta. Menonton dengan ayah aku tempoh hari, secara naratif, orang tua itu hampir-hampir beralah dalam sekitar lima minit pertama. Edgar seakan tahu akan masalah testosterone yang bakal dialami oleh jejaka konon sejati seperti ayah aku dan orang macam kau yang menganggap apa sahaja yang romantis sebagai sesuatu yang lame. Hatta, dia merenggut mereka dari sudut teknikal.

Dan ini membawa aku kepada suntingan dia yang amat kinetik dan propulsif. Biarpun sebelum ini terdapat filem seperti Hulk dan Creepshow yang cuba memberkas kepelikan transisi komik ke layar perak, lazimnya ia selalu gagal kerana tiada pemahaman yang jitu. Di sini ia bukan sahaja menjadi, malah suntingannya seolah-olah karya seni yang tersendiri. Pembawaan satu adegan ke satu adegan diseluruhi dengan pergerakan yang penuh energi secara zahir; mencampak kita dari satu lokasi ke satu lokasi tanpa sebarang amaran. Lazimnya dari segi suntingan, para pembikin hanya ambil pusing sewaktu pasca produksi. Di sini setiap sekuens yang kompleks dirancang dari awal. Ia amatlah pantas, ia amatlah galak, namun ia bukanlah ADD ala MTV. Secara intiusinya Edgar tahu, kita sudah sajak dengan kegesitan klip video, justeru dia membawa suntingannya ke satu tahap yang lebih melampau. Namun Edgar bukanlah bangang, dia tidak menstailkan bahasa sinema sebab dia boleh; dia buat sebab dia perlu.

See, Scott Pilgrim asalnya sebuah komik. Ya, ia ada adegan orang India just pecah masuk panggung melalui atap untuk berentap kung fu dan nyanyian dengan hero kita; ya, orang kena campak tembus bangunan begitu sahaja; ya, pedang berapi boleh tiba-tiba keluar dari dada; ya, tidak makan daging boleh memberi kau kuasa psikik; ya, kalau mati kau akan bertukar menjadi deraian koin; ya, orang sekeliling yang melihat hanya relaks-relaks; dan ya, benda ini berlaku begitu sahaja tanpa penjelasan. Tapi ekspektasi medium komik berbeza. Kemerepekan itu adalah modus operandinya. Dengan filem, kita perlu mencipta dunia yang mudah dipercayai. Maka Edgar yang mahu mengekalkan sikap tersebut ke dalam adaptasinya, menjadikan filem ini ultra aktif sekali gus menyuntik semacam satu kualiti heightened reality; membuatkan kita sedar dari minit pertama ia berputar sekitar dimensi yang berlainan dari kita. Ini ditambah lagi dengan elemen artifisial di sana sini - kebanyakan karakter seakan berambut palsu, saljinya yang bergumpal-gumpal, kesan bunyi yang turut mengeluarkan teks; malah pada suatu ketika siap ada efek audiens tertawa ala sitkom. Ada yang beranggapan filem ini banyak menjadikan budaya pop khususnya permainan video sebagai rujukan; hakikatnya, ia adalah hukum-hakamnya sekali.

Bagaimanapun, bak kata orang putih, let's not get ahead of ourselves. Aku tak nak membuatkannya kedengaran terlalu bijak lantas menjadikannya eksklusif. Kau tidak perlu menjadi pakar dalam bab budaya pop untuk meladeninya. Ini kerana Scott Pilgrim bukanlah filem Melayu, hatta ia mempunyai banyak lapisan. Seperti kata Alpha (no, am not gonna say the K word), kau boleh gali pelbagai tahap - ceritanya, stailistiknya dan rujukannya - dan berpuas hati dengan setiap satu. Namun aspek yang kita belum sentuh adalah unsur komedinya yang merupakan faktor penting; jika bukan paling utama.

Alpha Kotey: Totally, totally. The way dia pulls everything sangat kemas, entah bagaimana dia lakukan, I don’t know. I’m not his mother.

Anyway,

Unsur komedi dalam filem ini nampak blend perfectly dengan jalan ceritanya. Satu contoh, Todd bagitau punch line tapi Scott tidak paham. The kind of lawak yang saya tak boleh tanpa ada masalah describe dekat sini without orang itu lihat sendiri senario sebenarnya. Kita ketawa bukan kerana pelakon buat lawak tapi kerana the awkwardness of situation apabila ketika A & B sedang bergasak, si A kasi punch line yang si B tidak faham dan A makes an effort untuk terangkan punch line itu, in the middle of bergasak.

Komedi, dalam Scott Pilgrim adalah berorganic sekali dengan keseluruhan cerita. Even nama kesemua karakter adalah a joke of its own. Ramona Flowers, Matthew Pattel, Other Scott, Yung Neil… saya suka Yung Neil.

Now persoalan love dalam filem ini;

Saya suka watak Scott yang believable dalam environment yang kontradiknya unbelievable. Saya suka kepada kejayaan filem ini dalam menggambarkan bagai-fuckin'-mana progress Scott dalam soal cintanya. To be exact, bagaimana perasaan ke-excited-annya pada Knives pada awal date hingga kepada ke-syaitan-annya terhadap minah ini, selepas beberapa ketika.

Trait ini, maaf kata kepada wanita, adalah generic kepada kebanyakan lelaki. Makna kata, hero tidaklah embun pagi yang suci murni. Dia more like air belen basuh pinggan, kalau tidak air longkang. Kerana ia begini, mudah untuk lelaki yang jujur kepada dirinya sendiri, melihat exactly dirinya, dalam diri Scott.

Antara sebabnya yang Scott claims kenapa dia date Knives ialah ‘easy.' Ini kemudian secara zahirnya dapat kita lihat melalui bagaimana lancarnya relationship mereka berdua. Scott, bercerita mengenai sejarah nama Pac-man dengan lancar pada Knives, sebuah fun trivia. Saya nampak karutan Pac-man ini umpama pick-up line utama Scott. Dengan kata lain, main weapon dia dengan wanita. It’s amazing dia only recite atau guna weapon ini after a few outing dengan Knives di mana ketika ini relationship mereka memang sudah well established.

Maknanya, untuk mengorat Knives dulu, dia tak perlu pun guna senjata utamanya.

Berdepan Ramona buat pertama kali, dia gunakan weapon ini dan terlihat bagaimana gugupnya dia dalam menggunakan pick-up line itu sehingga struktur ayatnya jadi lintang pukang. Instead of pick-up line, exercise to impress itu sudah jadi more like saat yang memalukan. Dia even tidak mengaku yang dialah mamat yang cerita pasal Pac-man bila Ramona recall peristiwa itu.

It tells us that, Ramona bagi Scott, ain't gonna be easy. Ramona, of course selain cantik, adalah sukar. Lalu kerana itu, Scott suka dan ini, sekali lagi, adalah sifat natural predatory seorang laki-laki. Orang kampung kata, challenge.

Knives sweet. Knives baik, dia share her girly gossips. Knives cute, tapi takde challenge dan jenis perempuan yang buat date dia jadi rakan gosip, seperti one of those sesi gosip dia dengan girlfriends yang lain. Dengan kata lain, jenis wanita yang akan kena dump. Ini believable.

Filem ini kasitau, kalau common assholes macam kita miraculously, all of a sudden getting our way into dating one smokin' hot chick, hati-hatilah. Kita tertanya-tanya dan reason yang chick itu kasi, whatever it is, adalah fake. Sebabnya adalah, dia just nak something simple selepas penat dengan semua complicatedness yang telah dia goes through sebelum ini dating all those fratboys. Ini macam insulting.

Nazim Masnawi: I think you're stepping into a trap here, buddy. Ya, ini adalah sebuah komedi romantik. Tapi sisi romantiknya tidaklah berpijak di dunia yang serba schmaltz. Ia bukannya sebuah filem Katherine Heighl di mana temanya bercakap tentang kemurniaan cinta semata-mata. Tidak, filem ini adalah sebuah filem cinta untuk kita-kita yang sinikal. Ia menyentuh, biarpun tidak secara terperinci, tentang realiti griti sesuatu hubungan itu - tentang perasaan jatuh cinta itu, tentang kemahuan untuk mencintai dan tentang cinta itu sendiri secara harfiah. Ia menyentuh, bak kata orang putih, the universal crises of self dan cara kita berhubung dengan orang lain. Aku rasa disebabkan humornya yang ringan dan stailnya yang picisan, kau ingat ia membicarakan sesuatu yang juga mudah. Tidak sama sekali, jika dilihat dengan kata lebih luas, kau akan sedar ia melakukan observasi yang cukup dalam, cukup jujur, mungkin juga cukup pedih tentang ke-best-an kita dan juga tentang ke-fuck-up-an kita sebagai manusia.

Ke-fuck-up-an, itu poin penting untuk menilai para karakter kita.

Aku dah syak dari awal bahawasanya ramai orang yang akan problematik dengan Ramona Flowers. Dia adalah watak yang tough - seorang yang cukup-cukup rapuh di dalam, cukup-cukup manusia tapi cukup-cukup hip dan hot sampai semua lelaki rasa nak main dengan dia cukup-cukup. Aku tahu ramai perempuan yang aku kenal di luar sana akan bengang dengan watak ini. See, Ramona memang pun fuck up. Selama percintaan dengan sekalian fratboys tu, dia melayan mereka sambil lewa kerana, seperti kita semua, dia bukan tahu pun apa yang nak. Biarpun kini dia terima padahnya, ini adalah proses permatangan. Melalui turbulens itu semua dia akhirnya menyedari bahawa apa yang dia perlukan adalah seorang seperti Scott - seorang yang sederhana, yang jujur, yang geeky. Dia bukan just settle on Scott, dia nampak Scott adalah sebahagian dari dirinya.

Ini kerana Scott pun seorang fuck up. Aku rasa kita tidak perlu meminta maaf kepada kaum Hawa tentang hal ini. Sebab Scott bukannya jahat, dia cuma tak reti berfikir (heck, semua lelaki pun). Dia boleh bercinta dan tinggalkan awek umur 17 tahun (Knives, that is) macam tu saja, yang penting adalah apa dia rasa. Kehadiran Ramona dan tujuh bekas kekasihnya seakan mencabar keselesaan ini. Buat pertama kali, Scott nampak yang dia perlu melakukan sesuatu untuk mendapatkan sesuatu, rather than just tunggu sesuatu itu datang kepadanya. Ramona bukanlah seorang yang Scott nak sebenarnya - seperti Ramona terhadapnya - minah tu adalah seseorang yang dia perlukan.

Jadi dengan itu, mereka selalu mencabar satu sama lain. Mereka memaksa each other untuk bersemuka dengan ralat masing-masing, seraya lebih memahami tentang diri mereka sekali gus menjadikan mereka lebih dewasa. Pun begitu, Scott dan Ramona bukanlah separuh-separuh dari sebiji kek - mereka boleh berpijak dan berdikari sendiri. Masing-masing ada latar belakang yang cukup lain dan mempunyai cara cukup berbeza untuk menangani beban jiwa masing-masing.

Aku rasa inilah sekukuh-kukuh asas hubungan - mencintai ke-best-an dan ke-fuck-up-an satu sama lain; rather than cari teman yang best semata-mata untuk meyakinkan diri sendiri yang kita ni taklah sefuck up mana.

Insulting? Mungkin, tapi itulah realitinya.

Read more...

Monday, November 29, 2010

Ulasan Ulasan Winter's Bone


Winter's Bone adalah salah satu filem kegemaran aku tahun ini. Ia adalah filem formula penyiasatan yang pada akhirnya membawa kepada konspirasi lebih besar. Perbezaannya? Segala-gala berlaku di pedalaman Kuala Lipis edisi Amerika. Mungkin disebabkan hidup beratapkan tempurung, aku agak terkejut tengok negara tersebut masih lagi ada kawasan yang sebegini mundur (kita bercakap tentang tempat yang kedai pun ada-tak-ada, okey) dan filem ini benar-benar memaparkan elemen ini yang jarang kita lihat dalam produksi Hollywood; memberinya intrig dan klaustrofobik yang lebih mencengkam.

Kontrak aku dengan blog Mahhass, Skrin untuk tulis tentang filem-filem seram, thriller begitu masih belum habis. Maka, kau perlu ke sana untuk baca ulasannya. Kau juga boleh layan trailernya di bawah namun aku saran baik jangan, ia adalah sebuah filem yang lebih mantap jika kau menontonnya tanpa sebarang pengetahuan. Malah, posternya pun kalau boleh kau jangan jenguk.

Okey, itu lawak saja.

Read more...