Showing posts with label siri bercakap dengan binatang. Show all posts
Showing posts with label siri bercakap dengan binatang. Show all posts

Sunday, August 16, 2009

Siri Bercakap dengan Binatang III

Setelah kembali beradun dengan khalayak kebelakangan ini, sukacita dimaklumkan bahawa halusinasi aku – melihat binatang bercakap – semakin hilang dari cepu fikiran. Tapi memang dustalah jika aku mengatakan aku tidak merindui segala obrol dan hilai tawa bersama spesies bahlul itu. Ketika sedang asyik duduk bersarapan di tengah kota awal pagi tadi, seekor burung kakak tua hinggap di (jendela?) kerusi sebelah. Memikirkan ia adalah salah seekor binatang yang mampu bercakap dengan manusia tanpa memerlukan kita menurunkan kadar siuman, aku pun melontar kata-kata kosong kepadanya,

“Aku boleh cakap.”

“Akuuu,” balasnya, dengan fonetik yang macam syaitan, “boleyyy cakkapp.”

“Aku tengah makan.”

“Akkku ttengahh makaaann.”

Secuil tawa terluah, aku melepaskan sudu garfu dari genggaman lalu menepuk sekali kedua belah tangan.

“Aku ada awek,” sambung aku, menambah kompleksiti sebutan.

“Aahhh...,” sahutnya, “tuu tipulahh ttuuu.”

Read more...

Thursday, July 30, 2009

Siri Bercakap dengan Binatang II

Hari ini aku ketemu lagi binatang bercakap. Kali ini tupai. Sewaktu sedang bersarapan (free, tapi bukan bekas orang), aku ternampak dua ekor tupai jantan melangkah masuk ke dalam kafetaria seraya mendabik dada*.

Kagum, aku mengamati mereka memesan makanan lalu berbual seraya bersandar santai di kerusi. “Aku tak fahamlah kenapa Miha syok dengan aku sangat! Kau faham tak kenapa?” tanya seekor kepada seekor lagi. Akhirnya, aku yang tidak mampu lagi menahan rasa ingin tahu pergi mendapatkan mereka.

“Hei, mana korang dua ekor belajar bercakap, hah?” soal aku, menyeringai.

Dude (pandang atas bawah), lu ni tengah hallucinate ke apa?” jawab tupai yang paling dekat dengan aku. “Aku sekor jelah dekat sini, mana ada dua?”

Fuck
guy, defisit kefungsian otak aku makin rabak!

*Sebenarnya tengah bersihkan habuk sebab baru turun dari pokok, but whatever...

Read more...

Tuesday, July 28, 2009

Siri Bercakap dengan Binatang I

Setelah hampir seminggu tidak berbual dengan sesiapa, siang tadi, aku mengalami halusinasi. Sewaktu hendak melintas jalan, aku terjumpa seekor katak yang boleh bercakap. Atau sekurang-kurangnya, aku RASA dia boleh bercakap.

“Kalau kau cium aku,” ujar katak itu. “Aku akan bertukar menjadi puteri yang cantik, lepak dengan kau seminggu, dan kau nak belasah aku tang mana pun belasahlah.”

Aku tersenyum lalu menempatkan katak tersebut ke dalam beg.

“Ei, kau dengar tak ni?” soal katak itu. “Puteri yang cantik, okey? Seminggu pulak tu!”

Dude,” aku memotong, pantas. “Aku tak ada masa nak ada awek-awek ni... but a talking frog – now THAT'S cool.”

Read more...