Showing posts with label catatan vagabond. Show all posts
Showing posts with label catatan vagabond. Show all posts

Friday, December 3, 2010

Walau Apa-Apa Porn


Budak-budak zaman sekarang aku kira kadang kala tidak bersyukur, alpa betapa bertuahnya mereka. Mereka tidak tahu betapa epiknya kesukaran orang dahulu kala hendak beronani. Dan dengan dahulu kala aku maksudkan era pra internet. Mereka tidak tahu kejerihan menonton adegan seks filem konvensional melalui pita video semata - atau kepayahan mendapat rakan-rakan yang mempunyai majalah atau filem "blue."

Aku masih ingat beberapa sumber pornografi yang ada semasa kecil. Kebanyakannya bukanlah pornografi secara definitif; hanyalah adegan-adegan seks dari filem barat yang dapat ditonton melalui VHS. Biasanya sewaktu menonton dengan famili, aku akan dipaksa menutup mata sementara salah seorang abang aku menekan butang fast forward. Sesudah itu, aku akan mengecam minit ke berapa adegan tersebut dan esoknya setelah semua ke sekolah dan ke pejabat, aku melayan semula babak tersebut dengan penuh cemas sementara emak aku sibuk membersihkan laman atau memasak di dapur. Namun cara ini kadang kala tidak berkesan. Aku pernah dikantoi oleh abang aku kerana mematikan video tepat-tepat sesudah adegan seks. Kakak aku, seorang self-righteous, pernah sorok terus filem yang keterlaluan (bagi dia) seperti Lifeforce. Emak aku juga yang sporting - pernah kantoi aku sekali, dia hanya menyergah seraya menuding-nuding dan terus berlalu; tidak lagi membangkitkan isu itu apatah lagi kepada ahli keluarga lain. Hingga kini aku masih tertanya-tanya sama ada benar itu adalah emak aku atau malaikat yang datang menyelamatkan rohani anak kecil ini. Nah, sampai melibatkan metafizik pengalaman menonton porno suatu ketika dahulu.

Bagaimanapun, jika benar itu malaikat, usahanya gagal sama sekali. Tidak dapat di rumah, aku ikhtiar cari di luar. Bertawaf seluruh Malaya dan ini membawa aku kepada rakan sekelas aku sendiri, Ariff. See, Ariff anak tunggal orang kaya, tinggal di banglo dan ayahnya (juga tunggal) sering ke Eropah demi urusan kerja. Di stor, ayahnya mempunyai sebuah simpanan porno yang pada hari ini suam-suam kuku sahaja namun pada pertengahan 90-an ia memang mengejutkan tahap tercabut kuku. Dia mempunyai segala variasi majalah Jerman dari era 70-an, dan di dalamnya terdapat gadis-gadis berbulu lebat (jangan tanya di mana) yang lengkap berbondage, orang kena penumbuk dan segala macam perilaku yang gila babi punya perversiti. Benda-benda begini kau boleh dapat dari Google hari ini, tapi pada 1995 kami masih lagi beronani melihat sebarang wanita dalam Baywatch; biarpun mak cik cleaner. Menonton seks yang tak bersimulasi pun sudah riang gembira, justeru prospek majalah yang tunjuk enam orang lelaki beratur untuk pancut di muka seorang awek Austrian nyata amat ke-Caligula-an. Masalahnya dengan barang baik ayah Ariff ini, kami tidak boleh membawanya pulang. Aku sangsi setiap kali ayah Ariff balik dari sebarang laut, dia akan periksa satu-satu koleksinya yang begitu mengagumkan (serius, dia ada beratus naskhah - Puritan, Swedish Erotica, juga dalam bahasa yang aku tidak pernah tahu wujud pun*). Tapi pada umur begitu, kami risau akan kantoi. Pita video yang ada dua tiga pun kami tonton di ruang tamunya setelah orang gajinya dihalau ke bilik. Aku masih ingat satu judulnya, Laura's Geluste**. Menonton tiga empat orang, kami lebih rasa janggal dari erotik. Walaupun seronok dengan apa yang dilihat, rasa canggung lebih banyak menyeluruhi dengan masing-masing cuba kontrol kononnya tak stim (namun setiap saat kami simpan kemas dalam memori untuk kegunaan di rumah kelak).

Kami boleh mendapatkan porno, tapi ia tak selalu ada pada saat kami betul-betul memerlukan. Sebagai anak muda yang sihat, oh, betapa aku selalu memerlukannya. Seperti mereka yang berusia hampir tiga dekad, aku membesar dengan beronani pada katalog pakaian dalam dan majalah hiburan Malaysia. Aku mempunyai abang-abang yang bekerja di Utusan Malaysia, jadi kau bayangkan sahajalah stok majalah Hai, Mangga dan URTV yang bagai tiada noktah. Tidak tahulah jika hormon aku ketika itu lebih meliar, tapi aku kira majalah Malaysia lebih galak pada pertengahan 90-an; aku masih mengingati Hai isu Aidilfitri yang memuatkan gambar kumpulan Elite berkebaya jarang menampakkan bra semata-mata. Dengan aku berusia 14 tahun, tak gila kau!

Tidak, aku bukan hendak menyalahkan keseksian artis Malaysia atas dosa aku. Jauh sekali. Aku pernah memuntahkan benih yang berbaloi sebuah ketamadunan terhadap perempuan yang lengkap berpakaian di TV; langsung tak berkelakuan seksi pun - mereka cuma berlawanan jantina dan kebetulan berada di hadapan mata ketika aku menyendiri di ruang tamu. Itu saja.

Kini aku mempunyai telefon yang boleh berhubung dengan internet secara automatik dan, setelah menyentuh skrin sekali dua, aku boleh mendapatkan persembahan seks - bukan hardcore tapi - grindcore di genggaman pada bila-bila masa. Aku tidak perlu lagi memuaskan diri dengan pengacara berita TV3 pada tengah malam, dengan macam tu *petik jari* saja aku boleh cari tahap jelik yang berkenan di hati. Terkadang waktu, aku boleh lebih banyak meladeni porno sebelum sarapan dari sepanjang tahun 1995. Heck, segala barang baik ayah Ariff yang dalam simpanan itu boleh dimuatkan ke dalam sebiji iPhone. Dan aku boleh tengok gambar dan video yang editor majalah Eropah paling fuck up pun tak dapat bayangkan.

Hatta, kepada pemuda-pemudi di luar sana yang sering melawati Black on Blondes dan MILFhunter dan Bang Bros dan FuckTube dan YouPorn - bersyukurlah. Ketahuilah dikau bahawasanya pada suatu masa dahulu porno adalah komoditi yang sangat mahal, barang magikal yang perlu dicari, direbut dan dijaga. Suatu ketika aku mempunyai ruang simpanan Swimsuit Illustrated yang cukup tersorok, kini aku mempunyai folder bergiga-giga yang sekadar dua direktori dari desktop.

Oh, kenapalah aku tidak berusia 13 tahun pada zaman sekarang?!

*Ibu Ariff meninggal dunia akibat serangan jantung, aku syak dek penemuan ini.

**Yang aku muat turun minggu lepas. Bak kata orang putih, it still works, dammit!

Read more...

Wednesday, December 1, 2010

Dating You Do

Jerry Seinfeld pernah berkata, sebab utama orang suka nak kenen-kenenkan orang lain supaya berpacaran adalah kerana ia memberi mereka kesempatan untuk menjadi Tuhan. Lagipun, jelasnya, Tuhanlah kuasa pertama di alam ini yang melakukan kerja-kerja perkenenan (melalui Adam dan Hawa, sudah tentu). Bagi aku delusion of grandeur ini amat bahaya. Dan biarpun ini kedengaran agak fakap but still, bear with me: Jika usaha Tuhan yang Agung pun mengakibatkan kita kena tendang dari Syurga lalu terdampar di Bumi bertuah ini hingga akhir zaman, bayangkan akibatnya apabila ia dilakukan oleh sahayaNya yang lemah lagi bangang bahlul.

Aku tidak perlu bayangkan hal ini sebab aku tahu. Minggu lalu, aku dikenenkan oleh seorang rakan sekolah lama dengan isterinya punya adik punya kawan punya kawan yang kebetulan selalu terjumpa emak kawan aku tu di Giant Balakong. Menariknya, mereka tidak pernah cuba tanya pun tentang cita rasa aku; sama ada ia selari atau tidak dengan gadis berkenaan. Mereka percaya yang aku perlu adakan temu janji dengan gadis itu kerana, bak kata orang putih, I should. Oh ya, mereka juga berkata gadis tersebut ada membaca blog ini dan amat menyukainya. Barang kali inilah yang menyebabkan aku bersetuju akhirnya; aku tidak kisah menghabiskan masa berjam-jam mendengar seorang fanatik memuji kegeniusan aku.

Bagaimanapun, terdapat sedikit salah faham*, dia sebenarnya tidak pernah tahu pun kewujudan Roman Kodian. Malah dia tidak suka baca blog secara umum. Dia, hakikatnya, hanya bersetuju keluar dengan aku kerana dia ada terhutang budi dengan salah seorang motherfucker dalam pertalian yang aku sebut di perenggan atas. Mungkin emak kawan aku tu. Justeru, kau bayangkanlah betapa ngerinya temu janji tersebut berlangsung dengan masing-masing sebenarnya tidak mahu berada di situ. Aku cuba juga berbual-bual, mencari-cari ruang persamaan antara kami berdua; namun dia sebaliknya mula bercerita tentang pemuda Serani yang diminatinya di pejabat. Biarpun tepukannya seakan disambut, perbezaan agama jelas menjadi batu penghalang. Dan tanpa sedar jadinya, seperti Tobey Maguire dalam The Ice Storm, aku mula menjadi abang-abang yang memberinya nasihat untuk mengatasi masalah ini**. Pada zaman Fitan ini, aku tidak tahu sama ada itu tindakan yang betul atau bodoh. Yang nyata hanya ketika inilah kami benar-benar klik, namun di matanya aku tiada lain adalah jenis lelaki yang dia akan telefon setiap malam untuk bercakap tentang lelaki lain.

Percaya atau tidak, ini bukan kali pertama perkara ini terjadi. Aku sudah menempuhi aktiviti temu janji ini semua sejak dulu, namun secara emosi aku kian menjauh dari satu sesi ke satu sesi. Kawan aku, Awi Costa pernah berkata yang kadang kala aku terlalu mempertaruhkan kepanjangan akal untuk memenangi hati wanita. Dan wanita - mungkin tanpa disedari oleh mereka sendiri - tidak menyukai akan hal ini. Apabila tiba bab wanita, jelasnya, segalanya berkenaan soal rohani. Mereka mahukan teman hidup, bukan tukang ajar hidup. IQ adalah perkara terakhir yang mereka risaukan. Lihat sahaja filem komedi romantik, berapa banyak kita tengok heronya bodoh-bodoh namun dek jiwa yang telus, wanita itu berjaya dirangkulnya. Pernah tengok filem yang heronya cuba berlakon bijak lantas membuatkan heroinnya terkesima? Langsung tiada, dan kehadiran filem The Social Network seolah-olah menguatkan lagi andaian tersebut.

Tapi mereka tidak pernah beri aku peluang, sela aku. See, tak sampai beberapa saat, mereka sudah pun bercerita tentang crush mereka and such. Ujar Awi, segalanya berpunca dari "kebijaksanaan" yang aku cuba terapkan itulah. Mereka ingat aku matang lalu menjadi selesa. Terlalu selesa mungkin. Mereka berkira-kira aku cukup terbuka untuk mendengar rintihan hati yang selama ini terpendam. Mereka mula nampak aku sebagai seorang abang. Akrab, tapi tidak lebih dari itu. Siapa cakap untuk berpacaran kita perlu menjadi pendengar yang baik? Lagi kita tidak mempedulikan mereka, lagi meronta-ronta sexual tension itu. Terlalu menderita. Lantas, terlahirlah enigma lalu membuatkan wanita sentiasa berfikir tentang kita. "Dia suka aku ke? Baju aku pakai ni dia berkenan ke?" Dan dari situlah wujudnya wasilah. Tapi jika kau yang pandai-pandai memutar keadaan - menjadi tukang fikir untuk mereka, itulah kelam-kabut simbiosisnya jadi. Seribu tahun pun takkan mungkin, sambung Awi sambil menyadur bait lirik lagu.

Kata-kata Awi itu mungkin ada benarnya - sekitar 3% macam tu atau kurang lagi. Pun begitu, fuck him, aku seorang optimis. Mungkin suatu hari nanti, dengan kuasa Tuhan, aku akan berubah juga. Mungkin suatu hari nanti aku akan sedar bahawa aku sebenarnya gay. Tapi buat masa ini, aku sudah tidak boleh lari dari tugas sebagai tukang fikir buat gadis yang dikenenkan kelmarin. Hubungannya dengan lelaki Serani itu semakin berkembang - mereka sudah boleh berteks tanpa sebarang canggung. Biarpun semua ini berkat usahanya sendiri, tidak dinafikan aku adalah tukang sorak nombor satu. Habis sekalian kredit aku belasah dengan SMS dan panggilan setiap malam. Walaupun kita hidup pada zaman Fitan, tidak ada kekeliruan di sini, tindakan aku itu jelas amat bangang bahlul. Lebih menyedihkan, tanpa sedar jadinya, aku sudah termasuk dalam golongan perasan Tuhan tersebut.

Bak kata orang putih, talk about vicious circle.

*Demi Tuhan, aku cuba bermurah hati dengan berkata begini.

**Aku kata ini tidak menjadi masalah. Rasulullah sendiri mempunyai menantu kafir¹.

¹Malangnya, aku lupa nak beritahu yang Rasullullah hakikatnya suruh anaknya bercerai. Hanya kemudian apabila hati menantu baginda itu terbuka hati untuk memeluk Islam, baharulah mereka dinikahkan semula.

Read more...

Thursday, August 20, 2009

Dammit Masa!

Semalam, Jawa I, Kelantan dan Kelantan-Thai kembali lepak bersama aku dan Jawa II di port baru kami. Namun ini bukanlah peralihan yang bagus pun mengenangkan aku adalah salah seorang daripada dua pemakai jam di dalam geng ini yang sering ditanya pukul berapa. Jawa II juga ada, tapi tidak diketahui mengapa hanya aku seorang menjadi mangsa; biarpun ketika aku telah jauh terdampar di alam dengkur pada tengah malam.

“Oi, Zim. Puku brapa skarang doh?” Dalam redam dendam, aku terdengar suara Kelantan di sisi cuping. Aku berkalih ke arah jam di tangan yang bergelapkan zulmat suasana.

“2:30.”

“2:30 doh?”

“Ya, 2:30 'doh.'” sambut aku. “Untuk pengetahuan kau, masa bergerak, okey? Surprise.”

Aku kembali lelap. Pun begitu, belum sempat mimpi berinisiasi, Kelantan-Thai pula menggerak-gerakkan bahu aku yang merabung tubuh mengereng.

“Puku brapa?” Memperdengarkan suaranya yang lesu, aku menduga-duga apa yang mereka ingin tahu sangat tentang masa. Bukannya mereka perlu menelaah matematik tingkatan empat atau apa pada malam-malam begini. Tambahan pula, setiap seekor hanyalah sampah masyarakat; aku percaya soal jam adalah perkara terakhir yang perlu dirisaukan mereka dalam hidup ini.

Kesedaran ini membuatkan aku semakin tidak senang (baring?) duduk. Lantas, aku berteriak ke muka Kelantan-Thai perihal jam berapa lalu menghalaunya.

“Dah, dah, aku tak tahu pukul berapa daaahhh!!!” dedau aku.

Ketika mata kembali hendak terkatup, dari jauh aku terlihat Jawa II sedang melangkah pantas ke sini sambil menarik zip. Tengah kencinglah tu waktu dengar suara aku tadi, aku menimbal sendiri.

Jawa II terus berjalan menghampiri aku. “Apa?!” soal aku, menengking sebaik sahaja dia bercangkung di sisi.

“Kau tak tahu pukul berapa?" soalnya, jujur. "Jam kau mati ke, dude? Sekarang pukul 3:05 la.”

Read more...

Tuesday, August 18, 2009

Korokpok

Di atas riba aku terletak kemas satu pek Keropok Ikan Segera Cap Pinggan dan Keropok* keluaran Keluarga Mak Wan Enterprise. Aku tahu kau tahu keropok ini. Ia didatangkan dalam bungkusan berwarna hitam-oren pada harga sekitar seringgit setengah. Pasar mini yang berdekatan dengan tapak lepak aku ada jual kudapan ini, tapi tidak tahulah jika ia adalah pengilangnya sekali berikutan jumlah stoknya yang banyak ala neraka. Setiap kali aku ke kaunter untuk membayar setin rut bir A&W atau (seperti kesnya hari ini) bir halia F&N, entah bagaimana aku terkesima untuk membelinya sekali.

Memang pelik mengenangkan aku agak menyampah keropok motherfucker ini.

Yang pertama-tama, aku benci kelemauannya. Kepayahan menggigitnya sudah satu hal; lagi teruk dalam setiap tiga empat keping yang aku capai, satunya darinya gerenti tidak boleh dikunyah makan langsung. Di kampung aku di Singapura (khususnya di Geylang), dengan senang-lenang aku boleh mendapatkan keropok mentah – diimport segenerasi sebelum itu dari Terengganu – yang lebih rangup berjuta-kelahiran-semula-kali-ganda dari keropok motherfucker ini (itu pun yang belum digoreng lagi).

Paling bangsat bagi aku adalah rasanya yang tidak sedap langsung, hanyir seperti tiga hari punya ikan cencaru yang digoreng semula empat kali. Dalam menjadi vagabond sekarang, sudah tentulah setiap hari aku disajikan dengan hidangan kedai yang seakan tidak dimasak pada hari yang sama; jadi tidak tahu jika aku mampu bertahan menikmati siri juadah yang sepatutnya sudah diangkut oleh lori sampah sekurang-kurangnya 48 jam yang lalu.

Persoalan yang tinggal, sudah tentu, adalah sebab musibat aku masih membelinya. Seperti yang diceritakan tadi, dalam pada aku sedang beratur seraya cuba menutup pemerhatian aku terhadap anak gadis tuan kedai tersebut dengan merenung barangan yang berdekatan dengannya, aku merasakan cukup bernas untuk membeli keropok ini. Aku tidak begitu memahami proses pemikiran yang, tanpa sedar jadinya, memaksa aku capai salah satu paket berkenaan dan meletaknya di kaunter di hadapan tuan kedai yang mempunyai susuk tubuh serupa Gordon Craven dari The Addams Family**. Yang pasti, aku fikir ia adalah perbuatan yang masuk akal; yang akan memberi aku kepuasan dengan membelinya; yang akan memenuhi segala janji ikrar bahawa ia adalah jajan terhebat masa kini yang bersesuai dengan cita rasa golongan awesome seperti aku.

Sebahagian darinya adalah keinginan menghauskan kerongkong sendiri. Kau pun tahulah, setiap kali membeli kudapan, sudah tentu ia akan disertakan dengan minuman sekali untuk membasahkan tekak. Dalam hal ini aku terbalik; beli air dan kemudian cari snek yang membuatkan aku mahu meneguk lebih banyak lagi. Memperlihatkan pilihan air yang dibeli, aku kira ia adalah satu bentuk self-fulfilling diabetese.

Tapi aku percaya ia melangkaui nafsu untuk mencicip. Jelas aku mempunyai pilihan lain. Segala keropok tempatan dan luar negara tersusun cantik di rak yang sama; boleh saja aku memilih mana-mana yang juga berkemampuan meloyakan aku. Aku rasa aku tertarik dengan bungkusannya. Tidak banyak makanan ringan di luar sana yang berani tampil dengan bungkusan lutsinar seperti keropok ini. Dari awal kau sudah tahu bagaimana rupanya, jadi ia menawarkan kau pilihan selamat jika hendak dibanding dengan produk lain yang berkemungkinan besar datang dalam bentuk Syaitan. Tambahan lagi, rupanya tiada beza dengan keropok ikan segar yang dipasarkan di Pantai Timur. Melihat dari jauh, lidah kau seolah-olah sudah mampu membayangkan bagaimana rasanya kelak. Malah, segala memori zaman kanak-kanak kau ketika memamah keropok ikan yang digoreng oleh ibu barang kali turut sama terimbau. Selain itu, paketnya yang kecil tetapi sendat membuatkan kau rasa berbaloi dengan jumlah wang yang dikeluarkan; biarpun pada suapan pertama nanti kau akan sedar bahawa tiada nilai wang di muka bumi yang setara dengan kehambaran keropok ini.

Jadi sejam kemudian di sinilah aku bersimpuh dengan rasa mual di kerongkong, tertanya-tanya kenapa aku sanggup menjahanamkan diri sendiri dengan jajan ini. Mungkin di entri lain aku akan bercerita tentang usaha aku menghabiskan keseluruhan pek (klu: Aku gagah dan gelojoh), tapi yang nyata sekarang perahu sudah pun terlajak. Apa yang menyeramkan aku adalah di waktu lain nanti – mungkin esok, mungkin lusa, atau mungkin kejap lagi – aku akan berjejer lagi di pasar mini tersebut lalu terpandang keropok motherfucker ini...

*Ini aku terpaksa puji, the best name of a product of any kind in history.

**Pak cik, tolonglah buat pembedahan atau jumpa dukun. Saya tidak tahu berapa banyak dosa lagi yang terdaya saya tanggung menggelakkan pak cik di dalam hati pada setiap masa.

Read more...

Monday, August 17, 2009

Kejoraku Berdua

Aku dan seorang rakan vagabond, Jawa II telah menemui port baru untuk kami berlabuh tubuh setiap malam. Lokasinya – di atas bangunan – agak sunyi dan gelap; berbanding dengan tempat sebelum ini yang semakin diseluruhi makhluk lain dan mulut mereka yang tidak reti diam sewaktu orang lain sedang tidur. Ironis rasanya apabila memikirkan aku tidak kisah para gelandangan ini mengecek makanan aku setiap hari, menggodam komputer riba aku pakai kaki, tidur di bahu aku sampai terhambur air liur basi; heck, malah aku tidak kisah melihat jarum dicacah ke urat kepala mereka bagai masing-masing tidak sabar hendak mati. Tapi bila tiba perihal bising-bising ini, jauh sekali aku boleh bertoleransi.

Bagaimanapun, di situ kami berdua bertelentang malam tadi. Mengenangkan tiada tempat cucuh plag di sekeliling, seperti biasa kami berbual sehinggalah mulut masing-masing terkatup bak mata sendiri. Topik perbualan kami bertukar-tukar – daripada tentang Ramadhan dan Yom Kippur sehinggalah kepada Barack Obama – namun pada suatu ketika, Jawa II terdiam setagal. Dengan matanya tepat ke langit, dia kembali bersuara dengan aliran berlainan, sedikit pasif.

“Zim, kau tengok atas tu... apa kau nampak?”

Aku mengamati serakan bintang yang lebih terang dari biasa itu sebelum dengan klisenya menyanyikan empat huruf pertama Kau Ilhamku.

“Jadi bagi kaulah... apa maknanya?” Suaranya kekal serius.

“Bagi aku makna dia...,” aku bertakat-takat. “Antara berbanyak planet dekat galaksi ni, kita bertuahlah diturunkan ke bumi. Dekat mata Tuhan kita ni kecil je, tapi tu tak bermakna kita tak payah struggle setiap hari to be worthy of our blessings. Dari segi meteorologikalnya pulak, ni bermakna esok hari akan cerah.”

Jawa II hanya tandus, memaksa aku bertukar posisi sebagai penanya. “Kau pulak... kau rasa apa maknanya?”

“Bagi aku...,” dia berkata dengan tenang. “Ni maknanya aku still tak ada fucking tempat tidur yang appropriate.”

Read more...

Friday, August 14, 2009

Dendang Penghirau

Aku suka dengar luahan orang. Bagi aku ia adalah satu aktiviti sihat yang sepatutnya lebih ramai orang buat. Kebanyakannya cuba menjauhkan diri dari ia seolah-olah lebih sanggup terkena, bukan setakat selesema; malah segala kencing manis, lemah jantung, darah tinggi babi. Aku tidak tahulah jika perkara ini bergantung kepada individu. Tapi yang pasti sejak kecil, aku tidak pernah kisah sedekahkan sedikit ruang gegendang aku untuk masalah orang. Dan kebanyakan orang pun memang tidak kisah menyambut gegendang aku sebagai blog sementara mereka.

Apa yang aku suka tentang aktiviti ini adalah ia kadang kala mengingatkan aku kepada pengalaman menonton filem. Maksud aku bukan dari aspek hiburannya (well, mungkin adalah sikit untuk bikin gelak dalam hati), tapi dari aspek pemahaman kita terhadap diri masing-masing; dengan menyelami kehidupan serta perasaan orang lain dan mentafsir perkara tersebut melalui pengalaman kita balik. Ya, acap kali terdapat sesetengah kisah yang merawankan, tapi sebagai pendengar jelas kau mempunyai – bak kata orang putih – the upper hand dari segi emosi (tidak seperti filem). Tatkala sedang mendengar, boleh saja kau menyelitkan sedikit humor, sketsa sampingan untuk mengawal ton keadaan. Yang penting kau jangan sama-sama meraung dan sudahnya mengehalkan masalah kau pula; memang serius ass kalau benda tu jadi.

Lagi satu sebab aku suka, terutama mendengar luahan mereka yang aku kenal, adalah ia membiaskan tabii kemanusian peluah itu. Kita semua manusia; masing-masing mempunyai kelemahan sendiri. Namun melalui kelemahan itu jugalah kita dapat berhubung dengan satu sama lain. Dan aku suka melihat orang yang tanpa gusar menceritakan salah laku mereka atau sebagainya sebab dengan cara itulah wasilah akan menjadi lebih akrab. Sesetengah orang benci melepaskan isi hati mereka dan hal ini membuatkan aku bingung. Maksud aku, tolonglah, siapa yang kau nak tipu. Kita semua bermula dari tanah, okey; bukan cahaya. Bila kau terlalu berusaha untuk menunjukkan betapa sihatnya batin kau, ia bukan sahaja memperlihatkan kau sekeras piksel CG; malah bosan nak mampus. Gemulah Bill Hicks pernah berjenaka: Kau tahu siapa yang tidak mengadu domba tentang pergolakan jiwa mereka kepada teman-teman? Pembunuh bersiri.

Sejak menjadi vagabond, aku lebih banyak meluangkan masa aku mendengar rintihan orang; dan serius shit, tempat aku lepak sekarang agak penuh dengan golongan yang amat bersedia membabadkan kesusahan mereka tanpa mengharapkan belas kasihan. Dan kebanyakannya menyudahkan kisah mereka dengan ucapan terima kasih kerana kesudian aku mendengar. Memang kelakar apabila memikirkan aku tidak berbuat apa-apa pun di sepanjang konversasi; hanya berteleku sepi tanpa memberi sebarang reaksi lisan.

Hatta, aku tidak faham kenapa orang begitu negatif terhadap hal ini. Lebih aku tidak faham jenis orang yang perlu menyatakan semacam solusi setiap kali diceritakan masalah, atau yang lebih teruk, memperlekehkan ia langsung. Ini tidak akan membantu, folks. Peluah berkenaan membogelkan rohaninya di hadapan kau, dan kau membalas dengan mencabar egonya lagi. Nah, aku bukanlah berhati mulia sangat namun untuk melakukan benda ini kau tidak perlu mempunyai hati seharum skarum pun. Aneh rasanya apabila membayangkan terdapat ramai orang di luar sana tidak nampak bahawa dengan menjadi pendengar yang baik kita dapat menabur benih kebajikan di dalam hidup orang (seraya menimba pengalaman untuk diri sendiri) tanpa mengeluarkan sesen atau sekudrat tenaga pun (okey, barang kali sedikit masa).

Adakah ini berpunca dari ideologi berhaluan kanan yang sudah tertanam di dalam diri kita sejak dahulu; bahawa segala kesukaran di dalam benak ini boleh disisihkan tanpa perlu dibawa bicara dengan sesiapa; bahawa seantero kesulitan boleh ditolak tepi dengan semangat kental semata-mata? Kebenarannya, kita semua tidak segagah itu; ada sebab kenapa manusia hidup bermasyarakat dan bukannya di dalam kepompong sendiri. Ya, aku pun jauh dari sempurna, namun inilah ketahkikannya, kawan-kawan: Jadilah seorang pendengar; biarpun ia senaif perbualan yang aku alami dengan seorang gadis di YM tadi.

blond_times2:
Aku ada masalah la, Zim. Aku ingat nak break dengan boyfriend akulah.
nazimisawesome83:
Serius?
Apasal?
blond_times2:
Takdelah, dia selalu sangat nak betulkan aku – apa je yang aku cakap. Malam tadi aku jumpa dia; aku kata, “Adi, we need to talk.” Kau tau apa yang dia balas?
nazimisawesome83:
Apa?
blond_times2:
Honey, my name's Syamsul.See?!?? Apa yang aku cakap semuanya salah!

Well
, mungkin janganlah senaif itu.

Read more...

Thursday, August 13, 2009

Omigod, Omigod, That Is So Tweet

Aku akhirnya membuat keputusan untuk mempunyai Twitter sendiri. Asalnya, aku membuka akaun ini untuk mengambil avatar seorang pengguna yang tersangatlah best*. Pun begitu setelah bertakat-takat, aku terus menggunakannya secara aktif.

Kau orang tahu tak bagaimana hendak berjalan? Bermula dengan selangkah kaki dan diikuti dengan satu lagi, dan ulangi benda itu sampailah kau tiba di suatu destinasi? Well, penggunaan Twitter jauh lagi senang dari itu. Kau hanya pos apa yang kau sedang buat; biarpun mengenai hal berjalan itu sendiri. Aku sudah melayannya sejak Khamis lepas, dan memang ketagih amat. Aku tidak faham kenapa benda ini tidak digunakan lebih ramai orang. Setiap kali aku makan – aku tweet hidangan yang aku ambil. Setiap kali aku buang air besar – aku tweet betapa sihatnya najis aku. Setiap kali aku maki orang – aku tweet dulu apa yang aku nak maki dia dan kemudian maki dia betul-betul depan muka.

Aku juga sedang mendalami fungsi Twitter sekarang. Twitpic tampak menarik, tapi aku belum menggunakannya. Setakat ini aku hanya, bak kata Faizal Mukhtar, bereksperimen dengan rekaan latar belakang. Aku bermain dengan banyak poster filem, tapi bukanlah stok yang kau boleh dapat dari IMP Awards cuma. Avatar An American Werewolf in London aku pula telah tersimpan sekian lama, tapi hanya kini baru aku dapat menikmati fadilatnya.

Bagi aku Twitter adalah salah satu invensi internet terbaik dalam sejarah sejak halaman Persatuan Penggemar Karipap Nasional di Facebook. Aku menyesal tidak menggunakannya sejak dahulu. Aku berjanji akan catat atau bubuh apa sahaja yang terlintas di minda. Tapi sementara itu, biar aku pergi tulis dulu (di Twitter) tentang entri yang aku tulis ini. Sekian.

www.twitter.com/nazim_masnawi (Serius, aku langsung tidak mencarut di sini. Serius, I'm not fucking with you.)

*Gambar pasangan adik-beradik Winchester tengah berdiri macam pasangan gay. Gila babi ngam.

Read more...

Tuesday, August 4, 2009

Lagu Untukmu Vagabonds

Bateri komputer riba aku semakin lemah. Dulu dengan bangganya dia boleh kekal tiga jam, tapi sekarang nak cecah 45 minit pun perlukan tiga tahun punya kerja berat. Mujur lokasi tidur kami ada satu tempat sumbat plag, kurang-kurang aku boleh cas tenaganya pada waktu malam misal kata esok aku terdampar di tempat yang ada wi-fi tapi tiada sumber elektrik.

Cuma masalahnya dengan hal ini, geng vagabond aku pula suka meladeni lagu sambil lelap. Kononnya masing-masing ada niktofobia dan insomnia (ya, sampah masyarakat ini memang sebut istilah rasmi berkenaan). Hatta, aku senaraikan trek yang boleh dikira intrig – ia adalah kompilasi lagu-lagu rock yang merentasi zaman dan benua. Dengan sedang asyik menyelak Love Is a Mix Tape karya Rob Sheffield sekarang, tiba-tiba teringat pula dengan segala mix CD yang pernah dihasilkan dulu, khususnya yang aku pernah beri kepada seorang gadis bernama Ida*.

Jadi inilah dia playlist yang kami vagabond dengar setiap malam sampai beranak cacing di telinga:

Dirtbag
– Brad Sucks
Dry the Rain
– Beta Band
Friend of the Devil
– Grateful Dead
Funk the Hole
– Sore
Gravity
– Luna Sea
Hey
– The Pixies
I'm Shipping Up to Boston
– Dropkick Murphy
(I Got) Johnny in My Head
– Dead Teenage Star
Innuendo
– Queen
The Killing Moon
– Echo and the Bunnymen
Limelight
– Rush
Missing You
– Glay
Mr. Roboto
– Styx
Old Brown Shoes
– The Beatles
Out of the Races and on to the Tracks
– Rapture
Restoe Boemi
– Dewa 19
Six Different Ways
– The Cure
Sobakasu
– Judy & Mary
This Mess We're In
– PJ Harvey & Radiohead
1.1 Million Woodcutter
– Zeke & Zopo

Kompilasi yang tidaklah kasi kiamat dunia**. Jika aku hendak menghasilkan mix CD, rasanya aku tidak akan susun mengikut abjad seperti ini; di sini aku hanya mengikut resmi iTunes yang drakonian. Mistiknya, aku tak tahu bagaimana kayu-kayan tu boleh tidur mendengar muzik bingit mother hell begini.

*Biarpun aku tidak pasti dia masih gadis lagi atau tidak waktu itu.
**Tapi kalau Utarid tu memang tinggal serdak bangkit sajalah.

Read more...

Sunday, August 2, 2009

Kong-munikasi

Sepanjang menjadi vagabond hampir sebulan ini, aku jarang bercakap dengan orang; paling-paling kalau ditanya pun cuma sepatah dua kata yang keluar (kecuali bila tiba bab minta sedekah, negosiasi dengan tuan restoran untuk beri makan percuma). Lama kelamaan aku perasan, skil lisan aku kian merosot. Kelancaran berbahasa Inggeris lagilah cicir tiga kampung. Lihat sajalah seperti siang tadi. Sedang aku asyik melilau memerhati setiap inci tanah kalau-kalau ada wang tercicir, tegur seorang Russell Crowe bertanyakan aku arah jalan ke 7-Eleven terdekat. Tanpa menghela secebis nafas, aku lantas menjawab,

You go straight to the end of this road.” Slanga aku masih boleh tahan, namun... “Then you go right, and after a few blocks, you go wrong.”

Bak kata orang putih, things can't get any fuckerer than that.

Read more...

Saturday, August 1, 2009

Pengganas Mimpi

Demi Tuhan, aku sudah temui tempat yang agak strategik untuk bermalam sekarang. It isn't much, bak kata orang putih, tapi sekurang-kurangnya apabila tidur aku tidak akan dihalau oleh pihak berkuasa yang datang mengganggu, atau embun yang datang tidak menentu; dan ini sekali gus menggenapkan lelap aku lima enam jam tanpa terjaga-jaga*. Walaupun dikongsi bersama empat individu lain, aku tak kisah mengenangkan tempat ini cukup luas dan kebanyakan daripada mereka pun merupakan rakan bualan sebelum tidur yang baik; biarpun aku masih tidak faham aksen masing-masing (Jawa, Jawa, Kelantan, Kelantan-Thai). Cuma malangnya, bersama port baru ini, tercipta juga satu tabiat baru buat aku – mengigau.

Aku percaya dalam setiap keluarga mesti ada seorang ahli yang kaki mengigau. Dalam keluarga aku, sekurang-kurangnya dahulu, kakak akulah. Sewaktu kecil, aku yakin sangat kakak aku ada benda ikut sebab dia akan menjerit semasa tidur dengan sekonyong-konyongnya. Dia juga akan berjalan terkadang waktu; setelah menonton Fenomena dengan keluarga sewaktu aku berusia 7 tahun begitu, kakak aku melilau ke bilik air pada tengah malam lalu mandi (dengan menggunakan gayung dan penuh slo-mo) dalam keadaan masih berbaju. Dia juga pernah cuba keluar dari rumah lebih dari sekali; mangga yang terkunci selalu menyedarkannya dari lena.

Masalahnya dengan mengigau ini, individu yang mengalaminya ingat tak ingat apa yang telah terjadi esoknya. Kadang kala, kakak aku akan terlihat beruang teddynya sudah jauh tercampak ke hujung bilik dan tersedar yang dia ada “bergasak” dengan Cthulhu atau raksasa Lovecraft yang lain malam tadi. Tapi dia hanya benar-benar tahu segala benda merepek yang berlaku ketika dia tidur apabila aku memberitahunya. Biasanya hal ini akan dijadikan bahan lawak ringan sahaja; kini apabila teringatkan siri peristiwa berkenaan, aku gerenti akan buka cerita pada malam dia terjaga dan percaya aku adalah Buffalo Bill dari Silence of the Lambs, dan aku hendak menembaknya di dalam bilik gelap seperti klimaks filem tersebut.

Tapi tabiat itu berhenti begitu saja tatkala dia memasuki alam remaja. Dan sekarang ini, aku rasa “saka” tersebut sudah turun pada aku. Yang pertama terjadi sewaktu aku bermalam di KL Sentral sekitar dua minggu lepas. Selepas pulang dari Pulau Pinang dengan sehelai sepinggang, aku mengambil keputusan untuk bermalam di sana selama beberapa hari. Aku tidur di suatu sudut Secret Recipe bersama seekor kucing yang aku namakan Nola**. Aku hampir-hampir bunuh minah tu apabila aku terjaga lantas memijak-mijak kusyen yang dibaringi; Nola terloncat ke tepi dan memerhatikan aku, terkebil-kebil.

See
, aku cukup yakin yang seseorang telah simbah minyak tanah ke segenap restoran itu dan tunggu masa nak hidupkan mancis lalu membakarnya. Aku memang konfiden dengan hakikat ini buat seketika sebelum aku mula sedar dan dengan penuh Fonzy kembali tidur. Nola, aku sudah tidak tahu hilang entah ke mana.

Kejadian itu memang pelik sebab aku boleh mengingati segalanya dengan sendiri, jadi pada mulanya aku tidak pasti sama ada aku mengigau atau tidak. Apatah lagi ia tidak berlaku lagi selepas itu, sehinggalah empat malam sudah. Lainnya, aku tidak mempunyai sebarang memori tentang igauan tersebut. Begitu juga dengan malam kelmarin. Begitu juga dengan malam sudah. Begitu juga dengan malam tadi. Yang pasti (seperti yang diceritakan oleh empat rakan aku itu), aku kejutkan mereka dalam keadaan cuak, memberi amaran bahawa suatu malapetaka akan terjadi. Lazimnya mereka cuma rasa sebal dan arah aku kembali tidur. Selepas merengus dan memberitahu “kalau korang nak kena gilis traktor/kena makan dek kerengga mutan/kena tolak dari bangunan oleh pegawai SPRM itu sukati koranglah!” aku kembali lelap. Tapi malam tadi memang terbaik.

“Bangun, bangun!” Aku goncang badan setiap orang.

“Gapo dio?” tanya Kelantan.

“Tu, tu! Tengah datang sini, guling-guling tu!” Aku menuding ke arah sebuah gerai yang dibungkus kanvas biru tidak sampai lima meter dari situ, cemas.

“Tak dok gapo pung?” sela Kelantan-Thai.

“Tu, tu!” aku membalas, “Takkan korang tak nampak dunia tengah kiamat?”

Seperti yang diceritakan semula kepada aku, meskipun aku berterusan mengadu domba bahawa dunia sedang kiamat selama beberapa minit, lama-kelamaan aku mula sedar betapa bahlulnya semua ini lalu kembali rebah ke lantai.

Aku akan cuba menyampaikan perkembangan terkini mengenai hal tidur-terjaga aku ini tatkala aku berterusan mengigau, mengganas seraya membunuh hening malam.

*Tempat ini agak terbuka, jadi adalah lebih baik memulakan tidur sekitar jam 12 dan bangkit sebelum kawasan ini hidup balik dalam enam pagi.

**Sempena watak Scarlett Johansson dalam Match Point to show how doomed our relationship is; aku ingat cara hidup Paleolitik aku yang akan menghalang, rupanya something else entirely. Damn!

Read more...

Wednesday, July 22, 2009

Jalan-Jalan Cari Makanan Free

Tak susah sebenarnya nak makan free di Malaysia ni. Cuma syaratnya kau perlu makan sisa orang asinglah. Dan bila aku kata orang asing, itu tidak bermakna setakat berlainan individu – barang kali berlainan bangsa, agama dan juga alam. Setelah tiga minggu hidup dalam gelandangan, aku kira sudah agak sajak makan sisa orang. Maksud aku, iyalah, bila ditimbalkan memanglah geli. Tapi jangan terkejut, kau sebenarnya boleh dapat tinggalan yang bukan setakat terdiri dari tulang-temulang atau saki-baki taik gigi saja; malah hidangan yang lengkap lagi seimbang, beb.

Pun begitu, kau tidak boleh mendapat hidangan begini di mana-mana sahaja. Kau perlu menjadi sedikit pedantik dalam lokasi yang kau pilih. Restoran segera adalah yang terbaik kerana sistem layan dirinya. Dan tiada restoran segera yang lebih baik di muka bumi ini selain dari KFC*. Jika kau fikir sendiri, lazimnya satu-satu hidangan KFC itu didatang dengan ayam (sekitar dua tiga ketul), sayur, ubi, roti dan air gas; more than enough for, I say, gadis-gadis Malaysia yang perlu tengok kerampingan badan di cermin setiap seminit setengah. Jadi setiap kali aku melangkah masuk ke restoran ini lalu mendapatkan meja yang baru sahaja ditinggalkan oleh sekuartet awek, aku boleh dapat setiap jenis makanan yang disebut tadi dari pinggan mereka dalam keadaan masih bersih, masih tidak terusik; dan kadang kala air yang masih penuh 4/5 cawan.

Dua minggu lepas, aku menghabiskan beberapa malam di KL Sentral bersama dua tiga lagi geng vagabond yang semacam terdiri daripada watak-watak reject iklan 1Malaysia – seorang India, seorang daripada kaum Asli dan dua orang Cina. Salah satu apek itu menyarankan, dalam Inggeris dengan grammar yang agak steady**, kalau nak makan free di tempat yang best, kau boleh pergi pejabat kerajaan. Disebabkan sistem kantin yang digunakan, kau dengan mudah boleh mengambil seberapa banyak makanan dan slip terus dari kaunter tanpa disedari sesiapa***. Cuma downside dia, untuk mengelakkan pengecaman atau pengantoian, kau perlu bergerak dari satu pejabat kerajaan ke satu pejabat kerajaan lain setiap hari. Dan mungkin by hujung tahun, kau dah sesat sampai ke Pejabat Majlis Perbandaran Kota Bharu macam tu.

If it's so easy, then where's the thrill in that?” soal aku yang sebelum itu tak berapa bercakap sangat, sibuk melayan internet dengan komputer riba di satu sudut. Suasana tengah malam di barat KL Sentral yang sunyi itu memberkas sedikit gema suara aku. “I mean... I thought being a vagabond, thrill-nya bila you nak curi-curi makanan without anyone seeing la, pretend that you're just a passer by or some sorts...”

Thrill, eh?” sela brader India yang berupa gemulah Chris Vadham itu. “How long have you been a homeless, my friend?”

Not more than a week,” jawab aku, pantas.

Dia bangkit setagal dari duduknya lalu menghulurkan salam, aku menyambut seraya menduga-duga.

Call me when you've become one for nine years like me,” jelasnya dengan nada parau, “And then tell me, pretty please, what's so fucking thrill about it?”


*McDonald's terlalu segera – semua orang boleh habiskan keseluruhan hidangannya. Begitu juga dengan A&W. Pizza Hut nak kena order, susah. Fucking Marrybrown okey, tapi nak kena keluar KL la pulak.

**Who knew? Seorang pakai spek (that brader India) dan aku yakin almost all of them pakai handset. I mean, these are real bums we're talking about here. Bukan bag-packers ke or some shit. Man, talk about time they are a-changing, huh?¹

***Elok buat waktu peak hours la. Pukul 4 petang nak buat gitu, memang cari pasallah.

¹
Tapi tanpa sangsi lagi memang all of them are schizoid motherfuckers. Susah betul nak hold a conversation with them; mood swings je 24 jam. Ugh!

Read more...

Tuesday, July 21, 2009

Malam yang Gelap

Pagi tadi aku bangun seawal jam enam pagi dengan sengal-sengal badan terutamanya di bahagian belakang – terasa benar seperti ada pisau di situ.

Setelah aku kena pseudo-halau oleh BB dari rumahnya malam tadi, aku mengambil keputusan untuk bermalam sahaja di padang Sekolah Menengah Seksyen 5, Wangsa Maju. Awalnya, aku bertakat hendak tidur di surau atau masjid namun mengenangkan perjalanan ke rumah sembahyang (termasuk lain-lain agama) yang paling dekat pun memakan dekat 300 kilometer – ditambah lagi dengan jalan yang sentiasa lurus memanjang; membuatkan aku amat senang dikesan – aku pilih lokasi termudah, tercepat, dan yang paling terasing.

Keputusan aku untuk tidur di padang sekolah ini datang secara spontan. Sewaktu melewati pondok guard yang mendedau dengan lagu Ludah Amerika, aku fikir perhentian bas yang terletak tidak sampai lima meter dari situ boleh menjadi alas tidur yang selesa dan selamat, tapi aku gusar dentuman Hujan (bukan cuaca) akan mengganggu. Dengan ia terletak di jalan besar, ugh, gerenti akan ada sesiapa yang ternampak nanti. Tapi aku tahu sekolah adalah lokasi yang paling selamat di daerah yang aku tidak berapa savi itu.

Jadi di hujung padang aku berbaring, dengan berpayungkan pohon kelapa dan neon jalan yang tak reti nak malap. Walaupun ada sedikit nyamuk dan semut gitu gini, aku take pride bahawasanya aku ada kulit gajah. Sejak dari zaman berumah lagi, the idea of having to spray-bilik-sebelum-tidur is kinda alien to me. Cuma aku paling tak tahan sejuk, meskipun mempunyai lemak setebal kamus. Malam tadi aku terpaksa tidur dengan tangan masuk dalam baju, tapi rata-rata masih okey. Dua minggu lepas semasa di Pulau Pinang – terutamanya waktu tidur di Pengkalan Weld – my God, rasa macam tulang-temulang semua terpasak dari protein teh ais.

Tentang BB pula, sebab musibab aku kata dia “pseudo-halau” aku adalah kerana aku tidak tahu sama ada dia betul-betul halau aku atau tidak malam tadi. Setelah hampir empat hari hidup di bawah payungan makan minumnya, aku rasa dia pun fikir, “I've gotta get rid of this cocksucker.” Jadi senja semalam dia ajak aku dan temanitanya ke Aicu (hence, Wangsa Maju) untuk berjumpa dengan seorang kawan, klien or whatever (katanya). Yang gempak, dia suruh aku pek barang-barang aku sekali. Aku pretty much
dapat connect the dot masa tu (who wouldn't?). All and all, aku tak tahu what's going on in his mind at that time. Even now. Adakah dia cuba halau aku secara terbuka atau hanya hendak beri hint supaya lebih baik aku cabut sebelum ada some family members coming after me? Bak kata David St. Hubbins dari Spinal Tap, “It's such a fine line between stupid and clever.” Dan itulah yang aku rasa dengan tindakan BB malam tadi.

Dan, oh, rasa pisau dekat belakang badan masih tidak hilang lagi. Ni yang susah bila tidur di permukaan tak rata ni.

Read more...