Jerry Seinfeld pernah berkata, sebab utama orang suka nak kenen-kenenkan orang lain supaya berpacaran adalah kerana ia memberi mereka kesempatan untuk menjadi Tuhan. Lagipun, jelasnya, Tuhanlah kuasa pertama di alam ini yang melakukan kerja-kerja perkenenan (melalui Adam dan Hawa, sudah tentu). Bagi aku delusion of grandeur ini amat bahaya. Dan biarpun ini kedengaran agak fakap but still, bear with me: Jika usaha Tuhan yang Agung pun mengakibatkan kita kena tendang dari Syurga lalu terdampar di Bumi bertuah ini hingga akhir zaman, bayangkan akibatnya apabila ia dilakukan oleh sahayaNya yang lemah lagi bangang bahlul.
Aku tidak perlu bayangkan hal ini sebab aku tahu. Minggu lalu, aku dikenenkan oleh seorang rakan sekolah lama dengan isterinya punya adik punya kawan punya kawan yang kebetulan selalu terjumpa emak kawan aku tu di Giant Balakong. Menariknya, mereka tidak pernah cuba tanya pun tentang cita rasa aku; sama ada ia selari atau tidak dengan gadis berkenaan. Mereka percaya yang aku perlu adakan temu janji dengan gadis itu kerana, bak kata orang putih, I should. Oh ya, mereka juga berkata gadis tersebut ada membaca blog ini dan amat menyukainya. Barang kali inilah yang menyebabkan aku bersetuju akhirnya; aku tidak kisah menghabiskan masa berjam-jam mendengar seorang fanatik memuji kegeniusan aku.
Bagaimanapun, terdapat sedikit salah faham*, dia sebenarnya tidak pernah tahu pun kewujudan Roman Kodian. Malah dia tidak suka baca blog secara umum. Dia, hakikatnya, hanya bersetuju keluar dengan aku kerana dia ada terhutang budi dengan salah seorang motherfucker dalam pertalian yang aku sebut di perenggan atas. Mungkin emak kawan aku tu. Justeru, kau bayangkanlah betapa ngerinya temu janji tersebut berlangsung dengan masing-masing sebenarnya tidak mahu berada di situ. Aku cuba juga berbual-bual, mencari-cari ruang persamaan antara kami berdua; namun dia sebaliknya mula bercerita tentang pemuda Serani yang diminatinya di pejabat. Biarpun tepukannya seakan disambut, perbezaan agama jelas menjadi batu penghalang. Dan tanpa sedar jadinya, seperti Tobey Maguire dalam The Ice Storm, aku mula menjadi abang-abang yang memberinya nasihat untuk mengatasi masalah ini**. Pada zaman Fitan ini, aku tidak tahu sama ada itu tindakan yang betul atau bodoh. Yang nyata hanya ketika inilah kami benar-benar klik, namun di matanya aku tiada lain adalah jenis lelaki yang dia akan telefon setiap malam untuk bercakap tentang lelaki lain.
Percaya atau tidak, ini bukan kali pertama perkara ini terjadi. Aku sudah menempuhi aktiviti temu janji ini semua sejak dulu, namun secara emosi aku kian menjauh dari satu sesi ke satu sesi. Kawan aku, Awi Costa pernah berkata yang kadang kala aku terlalu mempertaruhkan kepanjangan akal untuk memenangi hati wanita. Dan wanita - mungkin tanpa disedari oleh mereka sendiri - tidak menyukai akan hal ini. Apabila tiba bab wanita, jelasnya, segalanya berkenaan soal rohani. Mereka mahukan teman hidup, bukan tukang ajar hidup. IQ adalah perkara terakhir yang mereka risaukan. Lihat sahaja filem komedi romantik, berapa banyak kita tengok heronya bodoh-bodoh namun dek jiwa yang telus, wanita itu berjaya dirangkulnya. Pernah tengok filem yang heronya cuba berlakon bijak lantas membuatkan heroinnya terkesima? Langsung tiada, dan kehadiran filem The Social Network seolah-olah menguatkan lagi andaian tersebut.
Tapi mereka tidak pernah beri aku peluang, sela aku. See, tak sampai beberapa saat, mereka sudah pun bercerita tentang crush mereka and such. Ujar Awi, segalanya berpunca dari "kebijaksanaan" yang aku cuba terapkan itulah. Mereka ingat aku matang lalu menjadi selesa. Terlalu selesa mungkin. Mereka berkira-kira aku cukup terbuka untuk mendengar rintihan hati yang selama ini terpendam. Mereka mula nampak aku sebagai seorang abang. Akrab, tapi tidak lebih dari itu. Siapa cakap untuk berpacaran kita perlu menjadi pendengar yang baik? Lagi kita tidak mempedulikan mereka, lagi meronta-ronta sexual tension itu. Terlalu menderita. Lantas, terlahirlah enigma lalu membuatkan wanita sentiasa berfikir tentang kita. "Dia suka aku ke? Baju aku pakai ni dia berkenan ke?" Dan dari situlah wujudnya wasilah. Tapi jika kau yang pandai-pandai memutar keadaan - menjadi tukang fikir untuk mereka, itulah kelam-kabut simbiosisnya jadi. Seribu tahun pun takkan mungkin, sambung Awi sambil menyadur bait lirik lagu.
Kata-kata Awi itu mungkin ada benarnya - sekitar 3% macam tu atau kurang lagi. Pun begitu, fuck him, aku seorang optimis. Mungkin suatu hari nanti, dengan kuasa Tuhan, aku akan berubah juga. Mungkin suatu hari nanti aku akan sedar bahawa aku sebenarnya gay. Tapi buat masa ini, aku sudah tidak boleh lari dari tugas sebagai tukang fikir buat gadis yang dikenenkan kelmarin. Hubungannya dengan lelaki Serani itu semakin berkembang - mereka sudah boleh berteks tanpa sebarang canggung. Biarpun semua ini berkat usahanya sendiri, tidak dinafikan aku adalah tukang sorak nombor satu. Habis sekalian kredit aku belasah dengan SMS dan panggilan setiap malam. Walaupun kita hidup pada zaman Fitan, tidak ada kekeliruan di sini, tindakan aku itu jelas amat bangang bahlul. Lebih menyedihkan, tanpa sedar jadinya, aku sudah termasuk dalam golongan perasan Tuhan tersebut.
Bak kata orang putih, talk about vicious circle.
*Demi Tuhan, aku cuba bermurah hati dengan berkata begini.
**Aku kata ini tidak menjadi masalah. Rasulullah sendiri mempunyai menantu kafir¹.
¹Malangnya, aku lupa nak beritahu yang Rasullullah hakikatnya suruh anaknya bercerai. Hanya kemudian apabila hati menantu baginda itu terbuka hati untuk memeluk Islam, baharulah mereka dinikahkan semula.
Wednesday, December 1, 2010
Dating You Do
Posted by Nazim Masnawi at Wednesday, December 01, 2010
4 comments Labels: catatan vagabond, iritasi

Posts Relacionados
Tuesday, November 23, 2010
Pengarah Pebenda Yang Boleh Main Twitter Sewaktu Tayangan Umum Filem?
Serius aku tanya kau, pengarah pebenda yang boleh main Twitter sewaktu tayangan umum filem? Nizam Zakaria, bekas pengkritik filem, bekas blogger dan teraju utama di sebalik siri mini terhebat dalam sejarah Ponti Anak Remaja; ya, dialah orangnya.
Tengah hari semalam, Nizam Zakaria yang hanya ditemani oleh zakarnya menonton filem terhebat dalam sejarah 2 Alam di GSC IOI Mall, Puchong. Dia Twitter reaksinya terhadap filem tersebut sewaktu ia sedang berlangsung, keluarkan iPhonenya atau whatever lalu berkongsi lawak-lawak terhebat dalam sejarah dengan pengikutnya. Kau pernah bukan ke panggung dan ada mangkuk mula teks sewaktu tayangan dan kau rasa betapa menjengkelkan sinar putih itu biarpun cenonet; betapa ia mengganggu konsentrasi? Aku boleh faham jika pukimak anak remaja yang melakukannya, tapi di sini kita bercakap tentang seorang pengarah.
Bagus juga Nizam sudah tidak mengulas filem lagi - sekurang-kurang dalam bentuk esei - sebab jika tidak, hilang terus kredibilitinya di mata aku. Kita tak mempunyai sebarang alasan untuk menggunakan telefon sewaktu tayangan, tak kisahlah filem apa pun. Pawagam dikunjungi oleh orang yang keluar duit untuk duduk menonton; sama ada kau rasa filem tu hancur atau tidak, secara umumnya memang biadap untuk berkelakuan sedemikian. Ya, kau mungkin akan kata orang tak ramai; ya, kau mungkin akan kata orang tak kisah; well, diam tidak bererti tidak kisah* dan jikalau panggung itu habis kosong sekali pun, itu tidak memberi kau lampu hijau untuk lafaz sifir tujuh kuat-kuat. Ia bukan ruang tamu rumah mak kau. Ia adalah tempat awam dan ia wajar mendapat respek paling asas, dan menutup telefon kau adalah salah satu darinya. Ia adalah undang-undang after all.
Sesiapa yang ada ke pawagam dalam dua tiga tahun ni cukup faham bahawa pengalamannya kian teruk saban hari. Orang berteks, orang bergebang, orang bawa anak lapan bulan menonton filem yang penuh unsur kedewasaan. Menonton filem, sebaliknya, menjadi sesuatu yang membingitkan. Orang tahu filem, orang yang minat filem, orang yang terlibat dengan dunia filem (tak kiralah TV atau sinema) seharusnya bertanggungjawab memperbaiki aktiviti tersebut menjadi lebih baik, bukan lebih teruk. Tapi Nizam membuat kegiatan menonton wayang menjadi lebih teruk buat mereka di sekelilingnya semalam. Nizam, bak kata orang putih, should be ashamed of himself.
Tapi mungkinkah Twitter Nizam sangatlah kritis dan mendalam sehingga ia berbaloi mengganggu orang lain? Apa kata kita lihat ayat ini sebagai contoh:
"Pondan, macam mana woman sekalipun, mesti pecah lobang jugak ya!!!"
Masing-masing ada dada, bukan? Well, dipersilakan tepuk dan tanya selera sendiri.
Jika kau betul kaki filem, kau tidak akan menggunakan telefon sewaktu menontonnya di pawagam. Nizam adalah seorang kenalan, maka aku tahu dia suka benar dengan medium seni ini. Nah, orang lain juga berperangai macam celaka di pawagam, tapi bagi golongan ini filem adalah pakai buang; bukan benda penting macam yang kita-kita ni rasa. Itulah yang membuatkan perkara ini lebih mengecewakan. Sebab Nizam adalah seorang intelek. Serius, sekiranya aku turut berada di panggung yang sama, Nizam barang kali sedang tercari-cari telefon baru di Sungei Wang sekarang.
Aku tahu ada orang akan mempertahankannya dengan berkata, "Ilaks arr! Skati dia arr nak buat aper pun!" Orang ni salah sama sekali. Jika kau mahu Twitter di rumah sendiri atau di panggung peribadi abah kau, beronanilah kau sepuas hati. Tapi sudahlah kita terpaksa menangani segala macam motherfuckers yang membuat pengalaman menonton filem semakin tidak mengujakan, tidak fasal-fasal kini kita harus berdepan dengan kejengkelan orang yang bukan sahaja faham dunia filem, malah terlibat dengannya secara langsung. Aku berdoa agar Nizam dapat melangkah lebih jauh, berkarya untuk layar perak macam tu. Dan aku nak tahu apa reaksinya bila dapat tahu orang Twitter sewaktu menonton filemnya di pawagam, buat lawak and stuff. Aku bet dia tidak akan syer nilai humor yang sama.
*Aku kenal ramai orang yang sanggup berdiam diri dengan penuh merana sepanjang durasi dari membuat teguran. Aku tidak. Di tayangan ...Dalam Botol kelmarin, aku menghamun seorang asshole yang bertabiat suka menyambung-nyambung dialog filem seraya bergelak sakan. Jika kau adalah asshole tersebut, yeah, that was me.
Posted by Nazim Masnawi at Tuesday, November 23, 2010
2 comments Labels: artis tempatan, iritasi

Posts Relacionados
Friday, August 21, 2009
Fantasi O Realiti O Muhyiddin
Tidak, blog ini masih tidak berubah menjadi laman menghentam kerajaan. Sekurang-kurangnya, belum lagi. Sebaliknya, aku ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada Timbalan Perdana Menteri Malaysia, Tan Sri Muhyiddin Yassin. Kau banyak membantu aku dengan teori kau bahawasanya Badan Peguam Malaysia memang “busybody” kerana cuba memecah tembelang Rohaizat Othman, calon BN untuk pilihanraya kecil Permatang Pasir akan datang berkenaan kes salah lakunya sebagai peguam dahulu. Aku betul-betul ikhlas, Muhyiddin. Terima kasih yang tidak terhingga.
See, seumur hidup aku dididik bahawa kebenaran adalah segala-galanya. Dan jika kebenaran yang kau tidak suka datang memaranaweh kau tepat ke muka, kau hanya ada dua pilihan: Kau boleh kekal berdiri, rendahkan hidung kau, dan angkat kaki. Atau lebih mudah, kau mengaku silap sahaja. Selama ini aku ingat cuma itu seleksinya. Tidak tahu pula aku sebenarnya ada alternatif ketiga: Menolak langsung kebenaran dengan mencipta hakikat kau sendiri. Demi Tuhan, kalaulah aku tahu perkara ini sejak di bangku sekolah dahulu...
“Aaa, Zim, setelah melakukan spotcheck ke atas loker kamu tadi, pihak sekolah mendapati kamu ada menyimpan ganja sebanyak satu kilo setengah.”
“*Separuh berbisik* Hmph, busybody!
“Apa?”
“Tak, saya cuma cakap cikgu busybody; duk campur hal saya.”
“Tapi saya cikgu, Zim, dan awak memang pun simpan ganja yang bukan setakat menyalahi undang-undang sekolah; malah negara.”
“Still, cikgu tetap busybody. Sama macam polis dekat luar yang tangkap penjenayah – sukatilah orang nak jadi apa pun: Perompak ke, perogol ke, pembunuh ke; sibuk apa hal?!”
Lihatlah, kawan-kawan. Kita sedang berbicara tentang salah laku ahli politik di sini. Sejak bila pula hal baik buruk perwakilan kita (dari segi profesional, bukan peribadi) merupakan sesuatu yang tidak wajar dihebahkan? Anwar Ibrahim suka main bontot dan perlu dibawa ke mahkamah? Silakan, aku tak kata kerajaan busybody. Karpal Singh hina Islam? Ketengahkan, aku tak kata saudara seagama aku busybody. Pas adalah Parti Agama Sesat ? Bincangkan, aku tak percaya ada pihak yang boleh dicop sebagai busybody pun dalam hal ini. Segalanya dibuat atas nawaitu mencari kebenaran. Jadi apa yang istimewa sangat tentang Rohaizat sehingga kewibawaannya tidak patut dipersoal?
Oh ya, baru ingat dia dari parti mana.
Aku kira satu-satunya (dalam satu-satunya) kebaikan menjadi orang UMNO ini adalah kau boleh berkata apa sahaja asalkan agenda kau dapat diteruskan. Kata-kata kau barang kali cuma tin kosong tapi bunyi “ktung ktang” itu sudah cukup memadai bagi kau serta lain-lain. Apabila lawan kau memberi jawapan yang lebih kurang sama sekiranya dilanda tuduhan kau pasti akan marah dan bentak, tapi apabila kau berada di posisi yang sama... ah, itu lain cerita. Manipulasi, teman setia anda!
Aku rasa elok kita cuba terap gaya ini ke dalam hidup seharian; sewaktu kita ditegur kerana berkelakukan biadap di jalan raya, memotong barisan semasa di kaunter, dan membuang kahak di sinki restoran. Percayalah, dengan menolak logik dan hakikat, keadaan akan menyebelahi kau. Ia akan melepaskan kau dari sekalian renggut. Sekiranya ia tidak membantu, jangan khuatir, tutup mata, telinga dan otak kau lalu jerit “La la la la la” kuat-kuat; serius, itu pun boleh.
Dan jikalau terdapat jutaan orang yang ada akal percaya kau tidak betul, you know what, fuck them! Siapa mereka nak menghakimi kau? Busybody!
Posted by Nazim Masnawi at Friday, August 21, 2009
0 comments Labels: iritasi, politik

Posts Relacionados
Tuesday, August 18, 2009
Korokpok
Di atas riba aku terletak kemas satu pek Keropok Ikan Segera Cap Pinggan dan Keropok* keluaran Keluarga Mak Wan Enterprise. Aku tahu kau tahu keropok ini. Ia didatangkan dalam bungkusan berwarna hitam-oren pada harga sekitar seringgit setengah. Pasar mini yang berdekatan dengan tapak lepak aku ada jual kudapan ini, tapi tidak tahulah jika ia adalah pengilangnya sekali berikutan jumlah stoknya yang banyak ala neraka. Setiap kali aku ke kaunter untuk membayar setin rut bir A&W atau (seperti kesnya hari ini) bir halia F&N, entah bagaimana aku terkesima untuk membelinya sekali.
Memang pelik mengenangkan aku agak menyampah keropok motherfucker ini.
Yang pertama-tama, aku benci kelemauannya. Kepayahan menggigitnya sudah satu hal; lagi teruk dalam setiap tiga empat keping yang aku capai, satunya darinya gerenti tidak boleh dikunyah makan langsung. Di kampung aku di Singapura (khususnya di Geylang), dengan senang-lenang aku boleh mendapatkan keropok mentah – diimport segenerasi sebelum itu dari Terengganu – yang lebih rangup berjuta-kelahiran-semula-kali-ganda dari keropok motherfucker ini (itu pun yang belum digoreng lagi).
Paling bangsat bagi aku adalah rasanya yang tidak sedap langsung, hanyir seperti tiga hari punya ikan cencaru yang digoreng semula empat kali. Dalam menjadi vagabond sekarang, sudah tentulah setiap hari aku disajikan dengan hidangan kedai yang seakan tidak dimasak pada hari yang sama; jadi tidak tahu jika aku mampu bertahan menikmati siri juadah yang sepatutnya sudah diangkut oleh lori sampah sekurang-kurangnya 48 jam yang lalu.
Persoalan yang tinggal, sudah tentu, adalah sebab musibat aku masih membelinya. Seperti yang diceritakan tadi, dalam pada aku sedang beratur seraya cuba menutup pemerhatian aku terhadap anak gadis tuan kedai tersebut dengan merenung barangan yang berdekatan dengannya, aku merasakan cukup bernas untuk membeli keropok ini. Aku tidak begitu memahami proses pemikiran yang, tanpa sedar jadinya, memaksa aku capai salah satu paket berkenaan dan meletaknya di kaunter di hadapan tuan kedai yang mempunyai susuk tubuh serupa Gordon Craven dari The Addams Family**. Yang pasti, aku fikir ia adalah perbuatan yang masuk akal; yang akan memberi aku kepuasan dengan membelinya; yang akan memenuhi segala janji ikrar bahawa ia adalah jajan terhebat masa kini yang bersesuai dengan cita rasa golongan awesome seperti aku.
Sebahagian darinya adalah keinginan menghauskan kerongkong sendiri. Kau pun tahulah, setiap kali membeli kudapan, sudah tentu ia akan disertakan dengan minuman sekali untuk membasahkan tekak. Dalam hal ini aku terbalik; beli air dan kemudian cari snek yang membuatkan aku mahu meneguk lebih banyak lagi. Memperlihatkan pilihan air yang dibeli, aku kira ia adalah satu bentuk self-fulfilling diabetese.
Tapi aku percaya ia melangkaui nafsu untuk mencicip. Jelas aku mempunyai pilihan lain. Segala keropok tempatan dan luar negara tersusun cantik di rak yang sama; boleh saja aku memilih mana-mana yang juga berkemampuan meloyakan aku. Aku rasa aku tertarik dengan bungkusannya. Tidak banyak makanan ringan di luar sana yang berani tampil dengan bungkusan lutsinar seperti keropok ini. Dari awal kau sudah tahu bagaimana rupanya, jadi ia menawarkan kau pilihan selamat jika hendak dibanding dengan produk lain yang berkemungkinan besar datang dalam bentuk Syaitan. Tambahan lagi, rupanya tiada beza dengan keropok ikan segar yang dipasarkan di Pantai Timur. Melihat dari jauh, lidah kau seolah-olah sudah mampu membayangkan bagaimana rasanya kelak. Malah, segala memori zaman kanak-kanak kau ketika memamah keropok ikan yang digoreng oleh ibu barang kali turut sama terimbau. Selain itu, paketnya yang kecil tetapi sendat membuatkan kau rasa berbaloi dengan jumlah wang yang dikeluarkan; biarpun pada suapan pertama nanti kau akan sedar bahawa tiada nilai wang di muka bumi yang setara dengan kehambaran keropok ini.
Jadi sejam kemudian di sinilah aku bersimpuh dengan rasa mual di kerongkong, tertanya-tanya kenapa aku sanggup menjahanamkan diri sendiri dengan jajan ini. Mungkin di entri lain aku akan bercerita tentang usaha aku menghabiskan keseluruhan pek (klu: Aku gagah dan gelojoh), tapi yang nyata sekarang perahu sudah pun terlajak. Apa yang menyeramkan aku adalah di waktu lain nanti – mungkin esok, mungkin lusa, atau mungkin kejap lagi – aku akan berjejer lagi di pasar mini tersebut lalu terpandang keropok motherfucker ini...
*Ini aku terpaksa puji, the best name of a product of any kind in history.
**Pak cik, tolonglah buat pembedahan atau jumpa dukun. Saya tidak tahu berapa banyak dosa lagi yang terdaya saya tanggung menggelakkan pak cik di dalam hati pada setiap masa.
Posted by Nazim Masnawi at Tuesday, August 18, 2009
0 comments Labels: catatan vagabond, iritasi

Posts Relacionados
Sunday, August 16, 2009
Wednesday, August 12, 2009
Mehmoratium
Sebentar tadi aku duduk berbual dengan seorang pak cik dan cucu lelakinya yang berusia lewat belasan. Seperti biasa apabila perbualan kami kian progressive rock rancaknya, topik tentang politik nusantara pun terbuka. Ia menarik namun tiada apa yang mengejutkan. Tambahan lagi pak cik tersebut berhaluan kiri seperti aku; maka diskusi kami amatlah senada dan selamat.
Bagaimanapun, keadaan bertukar sebaliknya apabila kami bercerita tentang “pembunuhan” Teoh Beng Hock di ibu pejabat SPRM. Yang menariknya di sini, pak cik itu menyebut istilah “bunuh” tanpa teragak-agak; sekali gus membuatkan aku dan cucunya mengangkat kening hampir serentak. Aku berhujah bahawa perkara tersebut masih belum diputuskan, namun pak cik itu yakin ia sudah diputuskan; cuma soal pembunuhnya saja yang belum (mahkamah juga seolah-olah mengetahui). Mendengar penjelasan itu, cucu pak cik tersebut lalu mengutarakan satu perkataan dan satu perkataan sahaja untuk mengikhtisarkan pendapatnya,
“Meh.”
Aku terpegun setagal, macam tidak percaya aku boleh mendengar perkataan haram itu di alam realiti. Lagi bangsat, dia pun tidak teragak-agak – seakan telah mengaplikasikan perkataan itu sejak membesar di apam mak dia lagi; seakan ia adalah perkataan sahih dan bukan setakat mana punya terma internet yang lahir untuk membunuh sebarang percambahan idea atau pendapat. Nah, aku pun tidak patut mendambakan apa sangat daripada hipster motherfucker macam dia, lagi-lagi fesyen shufflenya jelas membuktikan otaknya tidak berfungsi untuk menyebut lebih dari satu dua perkataan pada satu-satu masa.
Tapi fuck, aku tetap tidak suka.
“Meh” dari dulu, sekarang dan selamanya merupakan satu perkataan yang tidak sesuai diguna di mana-mana – internet ataupun dunia sebenar. Ia memang bangang, biadap dan terus terang malas; seperti menyebut “whatever” atau “tahu takper” untuk membidas ayat lawan*.
Perkataan tu sucks, terutama apabila aku dapat tahu ia berasal dari siri TV yang sudah tidak best langsung sejak 10 tahun lepas, The Simpsons. Pergi mampus sama “Meh.” Kau orang semua lebih bagus dari itu. Dan kalau tak bagus pun, cuba-cubalah berlakon.
Bukan susah pun hendak kata “Aku tak ada apa yang nak ditambah” selain dari “Meh.” Malah, pengganti yang lebih elok untuk perkataan itu adalah kau tak payah sebut apa-apa pun. Cara apa lagi yang lebih sesuai untuk menunjukkan betapa tidak pedulinya kau dengan tidak berbuat apa-apa?
Tapi melontar ia secara terbuka di tempat awam memang tidak mendatangkan sebarang manfaat. Serius, kalau gegendang ni berkas lagi perkataan itu di mana-mana, meh sini aku Tong Po sekor-sekor.
*Satu lagi perkataan celaka di alam siber, “Huhuhuhu.” What the fuck is that? Nak ketawa ke tak nak ketawa? Decide, motherfucker!



