Wednesday, December 1, 2010

Dating You Do

Jerry Seinfeld pernah berkata, sebab utama orang suka nak kenen-kenenkan orang lain supaya berpacaran adalah kerana ia memberi mereka kesempatan untuk menjadi Tuhan. Lagipun, jelasnya, Tuhanlah kuasa pertama di alam ini yang melakukan kerja-kerja perkenenan (melalui Adam dan Hawa, sudah tentu). Bagi aku delusion of grandeur ini amat bahaya. Dan biarpun ini kedengaran agak fakap but still, bear with me: Jika usaha Tuhan yang Agung pun mengakibatkan kita kena tendang dari Syurga lalu terdampar di Bumi bertuah ini hingga akhir zaman, bayangkan akibatnya apabila ia dilakukan oleh sahayaNya yang lemah lagi bangang bahlul.

Aku tidak perlu bayangkan hal ini sebab aku tahu. Minggu lalu, aku dikenenkan oleh seorang rakan sekolah lama dengan isterinya punya adik punya kawan punya kawan yang kebetulan selalu terjumpa emak kawan aku tu di Giant Balakong. Menariknya, mereka tidak pernah cuba tanya pun tentang cita rasa aku; sama ada ia selari atau tidak dengan gadis berkenaan. Mereka percaya yang aku perlu adakan temu janji dengan gadis itu kerana, bak kata orang putih, I should. Oh ya, mereka juga berkata gadis tersebut ada membaca blog ini dan amat menyukainya. Barang kali inilah yang menyebabkan aku bersetuju akhirnya; aku tidak kisah menghabiskan masa berjam-jam mendengar seorang fanatik memuji kegeniusan aku.

Bagaimanapun, terdapat sedikit salah faham*, dia sebenarnya tidak pernah tahu pun kewujudan Roman Kodian. Malah dia tidak suka baca blog secara umum. Dia, hakikatnya, hanya bersetuju keluar dengan aku kerana dia ada terhutang budi dengan salah seorang motherfucker dalam pertalian yang aku sebut di perenggan atas. Mungkin emak kawan aku tu. Justeru, kau bayangkanlah betapa ngerinya temu janji tersebut berlangsung dengan masing-masing sebenarnya tidak mahu berada di situ. Aku cuba juga berbual-bual, mencari-cari ruang persamaan antara kami berdua; namun dia sebaliknya mula bercerita tentang pemuda Serani yang diminatinya di pejabat. Biarpun tepukannya seakan disambut, perbezaan agama jelas menjadi batu penghalang. Dan tanpa sedar jadinya, seperti Tobey Maguire dalam The Ice Storm, aku mula menjadi abang-abang yang memberinya nasihat untuk mengatasi masalah ini**. Pada zaman Fitan ini, aku tidak tahu sama ada itu tindakan yang betul atau bodoh. Yang nyata hanya ketika inilah kami benar-benar klik, namun di matanya aku tiada lain adalah jenis lelaki yang dia akan telefon setiap malam untuk bercakap tentang lelaki lain.

Percaya atau tidak, ini bukan kali pertama perkara ini terjadi. Aku sudah menempuhi aktiviti temu janji ini semua sejak dulu, namun secara emosi aku kian menjauh dari satu sesi ke satu sesi. Kawan aku, Awi Costa pernah berkata yang kadang kala aku terlalu mempertaruhkan kepanjangan akal untuk memenangi hati wanita. Dan wanita - mungkin tanpa disedari oleh mereka sendiri - tidak menyukai akan hal ini. Apabila tiba bab wanita, jelasnya, segalanya berkenaan soal rohani. Mereka mahukan teman hidup, bukan tukang ajar hidup. IQ adalah perkara terakhir yang mereka risaukan. Lihat sahaja filem komedi romantik, berapa banyak kita tengok heronya bodoh-bodoh namun dek jiwa yang telus, wanita itu berjaya dirangkulnya. Pernah tengok filem yang heronya cuba berlakon bijak lantas membuatkan heroinnya terkesima? Langsung tiada, dan kehadiran filem The Social Network seolah-olah menguatkan lagi andaian tersebut.

Tapi mereka tidak pernah beri aku peluang, sela aku. See, tak sampai beberapa saat, mereka sudah pun bercerita tentang crush mereka and such. Ujar Awi, segalanya berpunca dari "kebijaksanaan" yang aku cuba terapkan itulah. Mereka ingat aku matang lalu menjadi selesa. Terlalu selesa mungkin. Mereka berkira-kira aku cukup terbuka untuk mendengar rintihan hati yang selama ini terpendam. Mereka mula nampak aku sebagai seorang abang. Akrab, tapi tidak lebih dari itu. Siapa cakap untuk berpacaran kita perlu menjadi pendengar yang baik? Lagi kita tidak mempedulikan mereka, lagi meronta-ronta sexual tension itu. Terlalu menderita. Lantas, terlahirlah enigma lalu membuatkan wanita sentiasa berfikir tentang kita. "Dia suka aku ke? Baju aku pakai ni dia berkenan ke?" Dan dari situlah wujudnya wasilah. Tapi jika kau yang pandai-pandai memutar keadaan - menjadi tukang fikir untuk mereka, itulah kelam-kabut simbiosisnya jadi. Seribu tahun pun takkan mungkin, sambung Awi sambil menyadur bait lirik lagu.

Kata-kata Awi itu mungkin ada benarnya - sekitar 3% macam tu atau kurang lagi. Pun begitu, fuck him, aku seorang optimis. Mungkin suatu hari nanti, dengan kuasa Tuhan, aku akan berubah juga. Mungkin suatu hari nanti aku akan sedar bahawa aku sebenarnya gay. Tapi buat masa ini, aku sudah tidak boleh lari dari tugas sebagai tukang fikir buat gadis yang dikenenkan kelmarin. Hubungannya dengan lelaki Serani itu semakin berkembang - mereka sudah boleh berteks tanpa sebarang canggung. Biarpun semua ini berkat usahanya sendiri, tidak dinafikan aku adalah tukang sorak nombor satu. Habis sekalian kredit aku belasah dengan SMS dan panggilan setiap malam. Walaupun kita hidup pada zaman Fitan, tidak ada kekeliruan di sini, tindakan aku itu jelas amat bangang bahlul. Lebih menyedihkan, tanpa sedar jadinya, aku sudah termasuk dalam golongan perasan Tuhan tersebut.

Bak kata orang putih, talk about vicious circle.

*Demi Tuhan, aku cuba bermurah hati dengan berkata begini.

**Aku kata ini tidak menjadi masalah. Rasulullah sendiri mempunyai menantu kafir¹.

¹Malangnya, aku lupa nak beritahu yang Rasullullah hakikatnya suruh anaknya bercerai. Hanya kemudian apabila hati menantu baginda itu terbuka hati untuk memeluk Islam, baharulah mereka dinikahkan semula.

4 comments:

the alpha... 'that' said...

Pengulangan ini sudah sampai phase yang agak merisaukan. We'll diskas this friday

Nazim Masnawi said...

I'm sorry but I think you're trapped in your own pathetic circle yourself.

the alpha... 'that' said...

We'll diskas that one as well

nisaanawar said...

I think guna 'kepanjangan akal to win others' is still applicable to some people. There are stil few of them existed on this earth. Some people are looking for someone to look up to, and obviously someone yang boleh guide diorang to be a better person. And definitely IQ adalah perkara utama.And to tell you the truth, ada yang letak perkara tu as main point.that individual juga mungkin pentingkan penggunaan akal lebih dari perasaan, despite perkara yang melibatkan hati. Mungkin juga being realistic. Kalau tak,mentally unchallenged. And of course, it is not all about rohani. Mungkin, for some hopeless romantic. Yang terlampau dipengaruhi drama2 yang mana heronya ikhlas, despite not having any other good attributes. Anyway, it is a good post. Nicely put. I have to admit, this is such an awful truth about girls these days. Please keep on updating, I love your arguments.